Perak Hari Ini

Kecewa Dengan Tun Mahathir

IPOH: “Dahulu, pemimpin yang paling tidak suka jalin hubungan dengan negara Barat adalah Tun Mahathir, namun sekarang apa sudah jadi,” demikian tegas Timbalan Pengerusi BN Perak, Datuk Saarani Mohamad.

Katanya, Tun Mahathir dilihat semakin hipokrit sejak bersekongkol dengan kepimpinan pembangkang sehinggakan sanggup mengenepikan prinsip yang selama ini dipegang semata-mata untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Malah jelas beliau, dengan tindakan pembangkang itu maka ia boleh menyebabkan pihak EU mengambil kesempatan untuk terus menekan negara dalam isu ini.

“Walaupun kita faham perjumpaan itu bukan berkaitan isu minyak sawit namun saya percaya bahawa pihak delegasi EU akan mengambil kesempatan.

“Sebab itu saya rasa sangat-sangat kecewa apabila mereka adakan perjumpaan dengan EU disaat-saat krisis ini sedang hangat diperkatakan. Pihak EU akan menganggap pergeseran politik yang berlaku ini sebagai satu peluang keemasan.

Menurut Saarani, tindakan pemimpin pembangkang yang cuba menyuntik campur tangan barat dalam menuntut pilihanraya umum merupakan sesuatu yang tidak masuk akal.

Malah katanya, pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sendiri sebelum ini ada menyatakan bahawa pemerhati antarabangsa akan dilantik sepanjang proses pilihanraya nanti.

Justeru, apakah logiknya kepimpinan pembangkang sengaja memburukkan keadaan dengan perjumpaan bersama delegasi EU.

Terdahulu Saarani ditemui selepas menghadiri Majlis Aspirasi Staf 2018 Felcra Berhad Wilayah Perak bersama Kepimpinan Tertinggi Kerajaan Perak di Dewan Saidina Omar INTIM, disini, hari ini.

Dalam pada itu, Saarani turut menasihati warga FELCRA tidak seharusnya memandang enteng terhadap isu larangan Minyak Kelapa Sawit ke Kesatuan Eropah (EU) kerana sekiranya perkara itu benar-benar berlaku maka ia sudah tentu akan menjejaskan pendapatan mereka.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan itu turut menyatakan bahawa warga FELCRA perlu sentiasa berdiri teguh menyokong dan membantu kerajaan dalam menyelesakan isu berkenaan.

“Sekiranya kempen sekatan itu berjaya maka harga minyak sawit akan jatuh dan sekaligus menjejaskan pendapatan FELCRA.

“Sebab itu kita mahu semua pihak memberi sokongan padu kepada kerajaan dan jangan menampakkan ada apa-apa pergeseran,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");