Jenayah

Keluarga Adelina Terima Pampasan RM63,900

JAKARTA: Pampasan dan tunggakan gaji berjumlah RM63,900 sudah dibayar kepada keluarga Adelina Lisao, pembantu rumah warga Indonesia yang mati, didakwa akibat didera.

Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, berkata bayaran itu meliputi tunggakan gaji dari Januari 2015 hingga Februari 2018, berjumlah RM35,900 dan selebihnya pampasan untuk keluarganya termasuk kos penghantaran jenazah dan pengebumian.

“Bayaran itu dibuat pada 13 Februari lalu kepada Konsulat Jeneral Indonesia di Pulau Pinang,” kata Zahrain kepada pemberita di sini hari ini.

Media Indonesia sebelum ini melaporkan keluarga wanita itu mahukan pampasan serta tunggakan gaji selama tiga tahun yang tidak dibayar majikannya.

“Kes kematian Adelina adalah satu kejadian yang amat menyayat hati, saya berasa kesal kerana ia berlaku di Malaysia,” kata Zahrain lapor Bernama.

Pada 10 Februari lalu, Adelina, 28, ditemui dalam keadaan tidak bermaya dengan kesan lebam di kepala, tangan dan kaki akibat didera di sebuah rumah di Taman Kota Permai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Adelina meninggal dunia sehari kemudian di Hospital Bukit Mertajam.

Jenazahnya telah dihantar dan selamat dikebumikan di provinsi Nusa Tenggara Timur pada Isnin lalu.

Zahrain berkata Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mereka yang didapati bersalah dalam kes berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");