Membawang Hari Ini

Afdlin, AC Buat Kerja Gila

SELEPAS sambutan mengalakkan menerusi beberapa siri acara Double Trouble, Datuk Afdlin Shauki kembali mengegarkan pentas di Afdlin’s Comedy Planet .

Menariknya kali ini, Afdlin akan kembali bergandingan buat kali kedua dengan rakan baiknya, Datuk AC Mizal, dari jam 8.30 malam selama dua jam, pada Sabtu dan Ahad ini (24 & 25 Februari).

Menyifatkan persembahan Sabtu dan Ahad ini sebagai medium lepas gian, Afdlin dan AC akan menghiburkan orang ramai dengan persembahan komedi dan nyanyian rangkaian lagu R&B dan Pop.

“Selepas persembahan bersama Datuk Zainal Abidin, Ferhad, saya akan kembali bergandingan dengan AC dan banyak benda gila yang kami nak buat pada malam Sabtu dan Ahad ini.

“Insya ALLAH kami akan membuat persembahan selama satu jam setengah bermula pada jam 8.30 malam.

“Kalau rindu untuk melihat persembahan kami, bolehlah datang. Setiap pembelian tiket disertakan dengan air percuma,” katanya lapor Sinar Harian.

Ditanya perancangan lainnya, Afdlin berkata, dia akan tampil menerusi pementasan Lawak Ke Der 5 pada Mac ini diikuti Baik Punya Cilok Konsert, yang turut menggabungkannya, AC bersama Datuk Awie dan Datuk Hans Isaac.

“Konsert Baik Punya Cilok ini akan menyelitkan detik perkenalan dan persahabatan kami dari awal hingga kini. Tunggulah pengumuman yang berikutnya nanti,” ujarnya.

Justeru bagi mereka yang ingin menyaksikan Double Trouble Afdlin dan AC, bolehle Instagram Afdlin Shauki untuk mendapatkan info selanjutnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");