Berita Hari Ini

Kenyataan Wakil PBB Tentang Hak Asasi Di Myanmar Dipertikai

BANGKOK – THAILAND. Thailand mempertikai kenyataan wakil khas Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak asasi manusia di Myanmar, Yanghee Lee Khamis lepas tentang keadaan rakyat Myanmar yang terusir dari tanah air mereka dan kini mendapat perlindungan sementara di Thailand.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, Lee dalam kenyataan pada akhir misinya yang disampaikan di Seoul, Korea Selatan membayangkan bahawa rakyat Myanmar di Thailand itu tidak dapat menikmati ‘hak asasi manusia’.

“Kami dapati mesej ini tidak benar dan tidak adil,” katanya hari ini, dan menegaskan bahawa Thailand dalam tempoh tiga dekad lepas menjadi tuan rumah kepada lebih 100,000 rakyat yang terusir dari Myanmar itu, dan banyak lagi yang dilahirkan di negara ini.

Dengan bantuan badan-badan bukan kerajaan (NGO), agensi PBB dan Thailand, semua rakyat Myanmar itu diberikan perlindungan, makanan, pelajaran, perkhidmatan kesihatan dan pendaftaran kelahiran dan amalan agama.

Kenyataan itu menjelaskan bahawa hakikat ini jelas diiktiraf oleh pegawai agensi PBB, khususnya pejabat Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR).

Thailand, katanya, sentiasa mematuhi rancangan bagi orang-orang terusir itu kembali ke tanah air secara sukarela dan terhormat sementera proses politik dan keamanan negara ini adalah penting dalam menjayakan kumpulan pertama 71 rakyat Myanmar yang terusir, kembali ke negara mereka pada Okt 2016 lapor Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");