Jenayah

Kes Vasanthapiriya: Kertas Siasatan Diserahkan Kepada Pendakwa Raya: Polis

BUTTERWORTH: Kertas siasatan berhubung kes M.Vasanthapiriya, 13, yang meninggal dunia semalam selepas ditemukan dalam keadaan tergantung Rabu lepas, telah dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Shafee Abdul Samad berkata kertas siasatan itu dihantar pada Khamis, selepas polis melengkapkan siasatan kes terbabit, termasuk memanggil dan mengambil keterangan guru yang terlibat.

“Polis telah merekodkan keterangan beberapa saksi termasuk guru wanita yang terlibat dalam kejadian itu bagi melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan.

“Jadi kami tunggu arahan dan tindakan selanjutnya daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya,” katanya menerusi laporan Bernama.

Pada masa sama, beliau turut meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan.

Vasanthapiriya dilaporkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Seberang Jaya pada 3.35 pagi semalam selepas tidak sedarkan diri akibat dipercayai akibat menggantung diri di rumahnya pada Rabu lalu.

Mendiang dikatakan berbuat demikian selepas dituduh mencuri telefon pintar milik seorang guru wanita di sekolahnya.

Sementara itu, keluarga mendiang mendakwa mereka tidak menerima sebarang penjelasan daripada pihak polis mahupun Pejabat Pendidikan Daerah berhubung siasatan kes.

Presiden Malaysia Tamilat Kural P. David Marshel yang menjadi jurucakap keluarga mangsa, berkata pihaknya juga bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap guru yang terlibat sekiranya hasil siasatan polis tidak memuaskan.

Hasil bedah siasat yang dijalankan hospital mengesahkan kematian Vasanthapiriya adalah disebabkan gantung (gantung diri).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");