Sukan Hari Ini

Lima Soalan Menjelang Perlawanan Red Devils-Terriers

PASUKAN Manchester United kini giat menjalani latihan  menjelang pertemuan dengan Huddersfield di Stadium John Smith pada hujung minggu ini.

Sebelum ini, pasukan Red Devils itu tewas 1-0 kepada Newcastle di St James’ Park dan kini berada 16 mata di belakang Manchester City.

Perlawanan Piala FA pusingan kelima agak menggugat aksi liga dan United meletakkan sasaran untuk memenangi saingan kali ini.

Berikut adalah lima soalan menjelang perlawanan antara Red Devils dan Terriers.

1) Bagaimana respons Alexis Sanchez?

Sanchez boleh dikatakan sebagai pemain terbaik Manchester United pada separuh masa pertama perlawanan menentang Newcastle pada hujung minggu lalu.

Dia mendapat beberapa peluang setelah Romelu Lukaku dikeluarkan. Malah, dia banyak mendapat bola dan cuba melakukan sesuatu bagi menghadiahkan jaringan buat pasukannya.

Malah, pemain kelahiran Chili itu mempunyai peluang cerah sewaktu perlawanan menentang Magpies namun dia gagal menjaringkan sebarang gol.

Disebabkan itu, dia dikritik teruk gara-gara tindakannya itu kerana memberi impak kepada permainan pasukannya.

Namun, nantikan sama ada dia boleh menebus semua kesilapannya dengan menghadiahkan gol sewaktu menentang Huddersfield hujung minggu ini?

2) Apakah Luke Shaw bakal beraksi?

Shaw menandatangani kontrak bersama United pada 2014. Dia sepatutnya beraksi bersama Ashley Cole, namun entah di mana silapnya, perkara itu tidak berlaku.

Disebabkan itu, ramai beranggapan bahawa dia akan meninggalkan Old Trafford pada penghujung musim ini.

Namun, Mirror Footbal menerusi laporan mereka mendedahkan Jose Mourinho mengesahkan untuk menyambung kontrak pemain pertahanan itu.

Menurut Mourinho, dia mengenali Luke sejak dia menyertai Liga Perdana bersama Southampthon dan tahu mengenai potensi dan kualitinya.

“Bolehkan dia ikut kemahuan saya, seperti pemain-pemain lain. Bukan sahaja sewaktu perlawanan tetapi sewaktu sesi latihan juga, adakah dia boleh menunjukkan usaha keras?

“Kalau dia mampu lakukan itu semua, dia akan diikat selama beberapa tahun dengan kami,” ujar Mourinho.

Jadi, adakah ini bermakna Mourinho akan mula memberi peluang kepada pemain pertahanan itu untuk muncul dalam lebih banyak perlawanan selepas ini?

3) Apa seterusnya untuk Phil Jones dan Chris Smalling?

Antara isu utama yang diperkatakan menjelang perlawanan Manchester United di Piala FA hujung minggu ini ialah, adakah Jones dan Smalling akan turun beraksi buat pasukan itu?

Dua pemain itu menunjukkan prestasi buruk sewaktu Manchester United tewas kepada Newcastle dan Tottenham baru-baru ini.

Khabarnya Mourinho sudah merancang untuk menggantikan duo itu menjelang musim panas ini.

Malangnya, pasukan itu kekurangan pemain di bahagian pertahanan menyebabkan mereka terpaksa mengekalkan dua pemain itu.

Namun, adakah mereka dapat meyakinkan Mourinho dengan menunjukkan kebolehan untuk bermain dengan prestasi terbaik?

Adakah mereka akan diberi peluang untuk beraski hujung minggu ini? Dan yang lebih penting, adakah mereka akan menggunakan peluang itu sebaik mungkin?

 

4) Adakah ini peluang terbaik untuk Victor Lindelof?

Mourinho mengambil Victor dari Benfica dengan bayaran sebanyak £31 juta (RM169 juta), satu jumlah yang agak besar untuk seorang pemain pertahanan.

Namun, pelaburan besar itu bagaikan satu kerugian kerana dia hanya beraksi sebanyak 19 kali sepanjang musim ini dan tidak menunjukkan prestasi yang cemerlang.

Perlawanan hujung minggu ini merupakan peluang terbaik untuk dia menunjukkan kelebihannya dan membuktikan bahawa pelaburan yang dibuat adalah berbaloi.

5) Adakah Scott McTominay mempunyai masa depan yang cerah?

Prestasi McTominay untuk United agak mengagumkan dan dia kerap diberi peluang turun beraksi.

Malah, pasukan Red Devil sememangnya mempunyai sejarah menghasilkan ramai pemain yang hebat dalam dunia bola sepak.

Tradisi ini bagaimanapun sudah lenyap sejak kebelakangan ini apabila wang lebih mempengaruhi permainan.

Namun, lain pula dengan pemain berusia 21 tahun ini yang sudah dilatih sejak 2002.

Pemain muda ini dijangka diturunkan menjelang perlawanan hujung minggu ini dan dia berharap dapat mempamerkan aksi menarik agar masa depannya bersama kelab itu lebih terjamin.-Mirror.uk

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");