Sukan Hari Ini

Liverpool Belanja Paling Tinggi Sepanjang Jendela Perpindahan Januari

TAHUKAH anda berapakah jumlah dibelanjakan kelab-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika proses jual beli pemain sepanjang jendela perpindahan pemain yang baru berakhir Januari ini?

420 juta pound atau bersamaan dengan lebih RM2 bilion.

Jumlah ini adalah rekod tertinggi baru yang dicatatkan, dengan peningkatan dua kali ganda berbanding rekod pada 2011 iaitu 225 juta pound (RM1.2 bilion).

Kelab-kelab seperti Arsenal, Brighton, Huddersfield, Liverpool, Manchester City, Southampton dan Swansea masing-masing catat rekod perpindahan termahal yang baru.

Liverpool mencatat rekod sebagai kelab dengan perbelanjaan tertinggi melibatkan nilai 75 juta pound (RM417 juta) menerusi pembelian Virgil van Dijk dari Southamptopn dan Tony Gallacher dari Falkirk.

Ini diikuti dengan Arsenal yang belanja hampir 62 juta pound (RM345 juta) apabila dapatkan khidmat Pierre-Emerick Aubameyang, dan Konstantinos Mavropanos memetik laporan Astro Awani.

Walaupun terlepas khidmat Alexis Sanchez, Manchester City pula di tempat ketiga dengan 57 juta pound (RM317 juta) apabila mendapatkan penyerang Athletic Bilbao, Aymeric Laporte serta Jack Harrison dari MLS New York City.

Lain-lain kelab dengan perbelanjaan tertinggi termasuk Chelsea 57.6 juta pound (RM320 juta), Everton 47 juta pound (RM261 juta) dan Leicester City, 26.4 juta pound (RM147 juta).

Bournemouth, Burnley, Manchester United, Newcastle dan West Ham pula tidak membelanjakan sesen pun ketika jendela perpindahan kali ini.

Namun The Red Devils membuat pertukaran pemain Henrikh Mknitaryan untuk mendapatkan Alexis Sanchez.

Bagi kategori pemain, Van Dijk disenarai pembelian termahal dalam liga perdana diikuti Aubameyang, Laporte, Cenk Tosun (27 juta pound ke Everton), Lucas Moura (225 juta pound ke Tottenham Hotspurs), Emerson (24.6 juta ke Chelsea), Adrien Silva (22 juta pound ke Leicester) dan Theo Walcott (20 juta pound ke Everton).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");