Perak Hari Ini

MB Perak Lancar Buku Tarian Dabus, Rebana & Busana Puteri Perak: Warisan Penanda Kepahlawanan Anak Negeri

IPOH:Buku Tarian Dabus, Rebana & Busana Puteri Perak: Warisan Penanda Kepahlawanan Anak Negeri merupakan penerbitan istimewa yang dihasilkan tiga dalam satu merangkumi sejarah dan keunikan tiga ikon Perak iaitu Tarian Dabus, Rebana Perak dan Busana Puteri Perak.

Buku tersebut merupakan terbitan bersama Kerajaan Negeri Perak, Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) serta Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKNN) yang dilancarkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini.

Beliau terdahulu turut serta sebagai panel bagi sesi Bicara seni bersama tiga panel lain iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi, Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Presiden Eksekutif & group Ceo Kumpulan Syarikat KRU,Datuk Norman Abdul Halim serta Shakila Ismail pengacara TV9 selaku moderator.

Terdahulu turut berlangsung sesi wacana seni yang menampilkan insan seni seperti Datuk Lat, Pak Ya atau Illya Buang Senario, Ibrahim Don dan Mohd Jayzuan.

Program tersebut adalah bersempena program permukiman Menteri Besar dI Daerah Kinta.

Buku hasil nukilan Zinitulniza Abd Kadir merupakan dokumentasian tentang tarian dabus, muzik rebana serta busana Puteri Perak yang menjadi ikon dan penanda warisan kepahlawanan masyarakat di negeri ini.

Buku tersebut turut menghuraikan mengenai keunikan tiga ikon kesenian negeri Perak yang dipercayai berkembang sejak lebih 200 tahun lalu selain memuatkan hasil temu ramah dan kajian lapangan penulis dengan individu pengiat seni merangkumi seni alatan, khalifah dan peralatan khalifah, bunga tarian, legenda Puteri Limau purut dan ritual uji setia & pagar kawasan.

Penerbitannya juga diharap dapat membuka ruang bagi membuka ruang dalam memupuk minat generasi muda terhadap kesenian.

Buku yang berharga RM120 senaskah ini boleh didapati di Kedai Buku ITBM atau rangkaian kedai buku seluruh negara dan melalui pembelian secara dalam talian di www.itbm.com.my atau aplikasi WhatsApp di nombor 019-2219015.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");