Perak Hari Ini

Ngeh Mula Cipta Fitnah Dangkal

IPOH: Kepimpinan Perak dibawah Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ternyata menyebabkan pembangkang merasakan mereka perlu berdepan laluan yang amat sukar untuk menang pada pilihanraya akan datang.

Atas dasar itu, maka wujudlah dakwaan dan fitnah-fitnah yang dangkal semata-mata untuk cuba merobekkan imej Zambry dan sekaligus menawan Perak.

Jika diamati, tuduhan-tuduhan yang dibuat dalam kenyataan itu adalah isu-isu “kitar semula” untuk memburuk-burukkan kepimpinan kerajaan negeri.

Ketua Whipp ADUN Barisan Nasional Negeri Perak, Datuk Saarani Mohammad menganggap dakwaan ADUN Sitiawan YB Dato Ngeh Koo Ham semalam sebagai politik murahan pemimpin DAP Perak.

Katanya, segala tuduhan yang dilemparkan dalam sidang akhbar berkenaan sudah dijawab, baik pada Sidang Dewan Undangan Negeri, mahu pun di luar beserta bukti-bukti kukuh.

“Adalah sesuatu yang dangkal untuk mendesak Menteri Besar meletakkan jawatan atas tuduhan-tuduhan tidak berasas.

“Dalam sidang akhbar tersebut, YB Ngeh dan beberapa pemimpin pembangkang berkali-kali menyebut perkataan “skandal” sedangkan perkara itu yang tidak pernah berbangkit sama sekali.

Katanya lagi, Ngeh membangkitkan mengenai pembayaran bonus yang diterima oleh Menteri Besar sedangkan perkara itu sudah berkali-kali dijelaskan bahawa ia dibayar pada masa Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) membuat keuntungan.

Malah jelasnya, bayaran bonus bukan sahaja diterima oleh pengerusi, tetapi juga pegawai dan kakitangan PKNP.

Jelas Saarani lagi, kereta yang dibeli oleh pihak PKNP untuk kegunaan Menteri Besar bukanlah milik peribadi seperti yang didakwa, tetapi untuk kegunaan syarikat.

“Jika dua perkara ini menjadi kayu ukur kepada Ngeh dan pemimpin pembangkang untuk membuat tuduhan terhadap Menteri Besar, makatimbul persoalan sama ada mereka juga akan mendesak Menteri Besar Selangor, YAB Datuk Seri Azmin Ali meletak jawatan kerana menerima bonus jauh lebih tinggi selaku pengerusi pelbagai agensi dan anak-anak syarikat kerajaan di Selangor?

“Kalau YB Ngeh dan pimpinan DAP begitu serius melawan skandal, maka mereka perlu mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng meletak jawatan kerana sedang bergelut dengan dakwaan skandal ratusan juta ringgit termasuk skandal banglo mewah dan Projek Terowong Dasar Laut,” katanya menerusi kenyataan medianya disini hari ini.

Menurut Saarani lagi, tindakan Ngeh itu sekaligus membuktikan sikap hipokrit tahap tinggi yang dimiliki pemimpin DAP di Perak dengan mencipta ‘skandal’ dan fitnah untuk memburuk-burukkan orang lain, tetapi menutup mata dan mengunci mulut terhadap skandal yang dihadapi pemimpin mereka sendiri.

“Saya ingin menegaskan sekali lagi, strategi menyerang YAB Menteri Besar Perak adalah disebabkan oleh faktor politik semata-mata.

“Mereka tahu selagi Dr Zambry memimpin Kerajaan Negeri Perak, mereka tidak ada isu untuk dibangkitkan. Malah ulasan-ulasan dalam portal berita yang condong kepada mereka mengakui Dr Zambry adalah batu penghalang untuk mereka menawan Perak,” katanya lagi.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");