Berita Hari Ini

Padang Dataran Merdeka Akan Ditutup Mei Untuk Kerja Baik Pulih

KUALA LUMPUR — Padang Dataran Merdeka akan ditutup selama enam bulan bermula Mei ini untuk membolehkan kerja-kerja membaik pulih kawasan padang yang rosak dijalankan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz memberitahu Bernama kerosakan itu berlaku susulan penganjuran  Ekspo Negaraku 2017 tahun lepas dan Jabatan  Perdana Menteri selaku penganjur ekspo itu telah pun bersetuju untuk menanggung perbelanjaan kerja-kerja pemulihan padang bersejarah ini.

“Namun, kerja baik pulih padang ini secara besar-besaran hanya akan dilaksanakan selepas pilihan raya umum 2018,” katanya kepada Bernama selepas melancarkan Karnival Hari Wilayah Persekutuan 2018 di Dataran Merdeka hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati beberapa kawasan padang tidak ditumbuhi rumput selain tompok yang menyebabkan permukaan padang menjadi lecak.

Terdahulu Mhd Amin telah melancarkan Karnival Hari Wilayah Persekutuan 2018 di Dataran Merdeka, anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada orang ramai antaranya zumba, pertandingan permainan tradisional, pertandingan Xtreme Games (Skateboard/BMX), manakala 10 artis terkemuka tanah air akan tampil menggegarkan Dataran Merdeka  dalam Konsert Gemilang yang akan bermula 8.45 malam ini.

— BERNAMA 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");