Berita Hari Ini

Belum Terima Laporan Kes Doula – KKM

GEORGETOWN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengambil tindakan jika menerima laporan berkaitan kes amalan khidmat doula atau pembantu ketika melahirkan bayi secara ‘homebirth’.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Hilmi Yahya, berkata sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada ibu bapa yang terbabit dengan khidmat doula berkenaan.

Katanya, amalan itu juga tidak digalakkan kerana tidak mempunyai kemudahan sesuai dan membahayakan nyawa ibu serta bayi jika berlaku komplikasi ketika bersalin.

“Kita akan siasat jika ada laporan dan mengambil tindakan sekiranya didapati bersalah kerana ia berisiko kematian, terutama ibu yang mempunyai penyakit seperti kencing manis atau darah tinggi ketika hamil.

“Hospital kerajaan mempunyai pakar terbaik, jururawat terlatih dan kemudahan selesa dengan kadar bayaran rendah.

“Justeru, kenapa perlu membahayakan nyawa dengan mengambil khidmat doula” katanya pada sidang media di Teluk Kumbar, dekat sini, hari ini.

Sejak minggu lalu, viral di media sosial mengenai seorang bayi dilahirkan di rumah meninggal dunia berikutan berlaku komplikasi ketika dilahirkan dengan bantuan doula.

Bagaimanapun, polis sudah memulakan siasatan berhubung kes itu selepas menerima laporan dibuat doula terbabit mengenai tuduhan terhadapnya di media sosial.

“Pengamal doula ini perlu mendaftar dengan kementerian dan pendaftaran juga amat ketat.

“Jika tidak mengikut peraturan, mereka tidak diberi lesen, tetapi kita memang tidak galakkan amalan ini,” katanya.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");