Berita Hari Ini

Pelajar Dinasihati Jangan Ghairah Muat Naik Video Di Laman Sosial

KUALA NERUS – Pelajar dinasihatkan agar tidak terlalu ghairah memuat naik video yang tidak sepatutnya dan menjadi tular di laman sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Supt Suffian Sulaiman berkata video yang dirakam pelajar mungkin pada awalnya sekadar untuk ‘suka-suka’ tetapi akan timbul implikasi lain di kemudian hari.

“Kes jenayah yang berlaku di kalangan pelajar bukanlah berada di tahap serius tetapi budaya tular yang menyebabkan kes tersebut semakin serius. Sebenarnya kes tersebut hanyalah kes kecil dan apabila ditular akan mewujudkan rasa takut kepada jenayah di kalangan masyarakat.

” Contohnya kes buli, mereka macam dah rancang nak rakam dan sebagainya dan kita pun tak pasti rakaman tersebut dibuat untuk mengugut atau sebaliknya,” katanya semasa ditemui Bernama pada majlis perasmian Perkhemahan Kor Kadet Polis MRSM Zon Timur 2018 di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini hari ini.

Menurut Suffian pelajar-pelajar yang merakam video ini sebenarnya tidak mengetahui perbuatan tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) .

Apabila pendedahan diberikan kepada pelajar-pelajar ini barulah mereka sedar akan kesalahan yang dilakukan.

Katanya, pelajar perlu berhati-hati menyebarkan sebarang berita berbentuk video mahupun sebarang penulisan yang boleh menyumbang kepada keadaan yang mengganggu keharmonian masyarakat kerana mereka boleh dihadapkan ke mahkamah. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");