Sukan Hari Ini

Perak Idam Curi Mata di Kota Bharu

IPOH: Perak berharap dapat mengutip sekurang-kurangnya satu mata apabila bertemu Kelantan di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV, Sabtu ini.

Kapten The Bos Gaurus, Shahrul Mohd Saad berkata, ia bagi memastikan pasukan itu tidak tercicir jauh dengan pasukan lain.

“Sekurang-kurangnya satu mata. Jika dapat mata penuh di tempat lawan ia satu bonus,” ujar pertahanan tengah itu.

Shahrul yakin rakan sepasukannya sedar misi mereka untuk menebus kehampaan tumpas 0-2 kepada PKNS FC di Lumut pada perlawanan terakhir.

“Setakat ini kami menang sekali, seri sekali dan tumpas sekali.

“Kekalahan di tangan PKNS memang menyakitkan. Jadi kami mahu bangkit. Kami perlu usahakan kejayaan dalam perlawanan selepas ini supaya berada dalam kelompok atasan,” katanya selepas latihan.

Begitupun bekas pemain kebangsaan itu sedar tugasan getir menanti Perak di Kota Bharu.

“Kelantan juga memburu kemenangan pertama dan ia jelas apabila mereka mengambil langkah drastik memecat jurulatih selepas hanya tiga perlawanan.

“Tuan rumah pasti turun dengan semangat baru kerana memiliki pemain import baru (Mohammed Ghaddar). Tambahan pula mereka memiliki kelebihan kerana beraksi di gelanggang sendiri,” jelasnya.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");