Isu Panas

Pilih Kerajaan Bererti Pilih Majikan

BANGI – Peneroka Felda diberi amaran bahawa pemilihan parti dalam PRU14 bukan sekadar memilih kerajaan memerintah sebaliknya ia lebih kepada memilih majikan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Razali Ibrahim berkata, hanya kerajaan BN yang menjaga dan memastikan pendapatan peneroka Felda meningkat.

“Menjelang pilihan raya tuan-tuan (peneroka Felda) kena fikir bahawa rakyat kena memilih sebuah kerajaan yang juga bakal majikan,

“FGV baik, Felda baik, Koperasi Permodalan Felda juga baik. Jadi tuan-tuan akan pilih majikan yang selama ini jaga tuan-tuan atau majikan baharu yang bercakap tidak henti-henti menghentam Felda?

“Kalau pembangkang jadi majikan semua jawatan dan kedudukan tuan-tuan ini mungkin akan tukar sebab majikan baharu ini nak kurangkan penjawat awam,” katanya ketika berucap di Seminar Jawatankuasa Permuafakatan Produktiviti dan Kualiti (JPPK) 2018 di Hotel Tenera, di sini, hari ini.

Razali yang juga Ahli Parlimen Muar turut menzahirkan keyakinan bahawa warga peneroka masih lagi bank undi untuk BN.

“Berdasarkann rekod PRU13 Felda ada 54 kerusi parlimen BN cuma tumpas di enam kerusi tapi sekarang jadi tambah satu sebab Pagoh dan beralih arah.

“Manakala daripada 92 kerusi Dun kita cuma kalah 11 sahaja, begitu juga dengan 273 Pusat Daerah Mengundi (PDM) kita tumbang cuma tujuh kerusi.

“Dengan ini saya boleh beritahu bahawa sokongan warga Felda dalam PRU13 hampir 100 peratus dan sokongan ini akan berterusan pada PRU14 kali ini kerana orang Felda tahu dari mana kita datang dan ke mana kita nak tuju,” katanya dengan yakin.

Dalam pada itu, Razali turut menempelak tohmahan pembangkang tehadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pembangkang cerita Datuk Seri Najib jahat, tak betul,rasuah, curi duit, kejam begini begitu tetapi saya nak ingatkan bahawa tidak ada mana-mana undang-undang, institusi atau badan yang menghukum beliau (Najib) sebagai bersalah.

“Cuba fikir balik mana bukti Najib jahat, ambil rasuah semua ini kerana yang menimbulkan pemikiran ini adalah parti lawan yang nak kuasa Najib. Mereka nak ambil tempat beliau dalam pilihan raya sebab itu kata BN tak betul.

“Ada mahkamah kata Najib salah? Mahkamah kata Rafizi menipu, dihukum penjara, Wan Azizah memfitnah Felda diputuskan mahkamah itu ada begitu juga dengan Nurul Izzah dan Tian Chua dah minta maaf sebelum dibawa ke mahkamah,” bidasnya.

Beliau mempersoalkan mengapa rakyat ingin menghukum Najib dan BN yang tidak bersalah dalam undi pilihan raya.

“Kita bila hadapi pilihan raya kenapa orang yang terang-terang didapati bersalah kita masih sokong dan pertahankan? Tapi kita tak mahu pertahankan orang yang membela kita di Felda dan tanah-tanah rancangan.

“Jangan mudah terpengaruh dan percaya kononnya orang ini datang nak jaga kita, mereka ini tak ikhlas pun.Kita selalu terbuai dengan isu-isu  yang dibina oleh parti lawan,” katanya.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");