Jenayah

Rusuh: 17 Pekerja Bangladesh Ditahan

KUALA LUMPUR – Polis menahan 17 pekerja warga asing yang merusuh di sebuah tapak binaan di Bukit Jalil pada 10 Februari lalu yang mengakibatkan kecederan kepada empat pekerja.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, kejadian rusuhan itu melibatkan kumpulan pekerja warga Indonesia dan Bangladesh

Menurutnya, seramai empat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPHUKM) untuk mendapatkan rawatan kerana tercedera dalam pergaduhan tersebut.

“Punca pergaduhan berlaku kerana saspek seorang lelaki warganegara Indonesia terpaksa menunggu lif untuk turun ke bawah dari Tingkat 16 dan telah berlaku perebutan semasa hendak turun menggunakan lif. Berlaku tolak menolak serta tumbuk menumbuk.

“Mangsa yang cedera terdiri daripada tiga Bangladesh dan seorang Indonesia,”katanya dalam satu kenyataan hari ini lapor Sinar Harian.

Tambah Rusdi, kesemua ditahan reman sehingga hari ini.

“Pertuduhan melibatkan lima yang ditahan iaitu seorang di bawah Seksyen 160 KK kerana bergaduh dan melakukan kekecohan di tempat awam dan seorang lagi Seksyen 324 KK kerana mendatangkan kecederaan

sementara tiga lagi dibawah kesalahan Imigresen,”katanya.

Video rusuhan dan pergaduhan berlaku di atas bangunan sebuah tapak projek di Bukit Jalil berdurasi 32 saat itu menjadi tular di Facebook hari ini menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");