Perak Hari Ini

‘Salah Percaturan, Masyarakat Sungai Siput Rugi RM60 Juta’

SUNGAI SIPUT: Kerana tersalah percaturan pada beberapa siri Pilihanraya Umum yang lalu, masyarakat Sungai Siput kini ketinggalan daripada arus pembangunan yang sepatutnya layak dinikmati mereka.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sungai Siput, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, atas sebab itu juga pengundi di kawasan berkenaan sedar dan mula menunjukkan keyakinan mantap kepada calon BN untuk Parlimen Sungai Siput pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

“Pengundi dan masyarakat sedar bahawa Sungai Siput ketinggalan lebih dari 10 tahun yang mana jika ahli parlimennya daripada BN, dan jika peruntukan untuk mereka sebanyak RM6 juta setahun, Sungai Siput sudah rugi RM60 juta.

“Menerusi jumlah tersebut, bayangkan pelbagai bantuan, kebajikan dan pembangunan boleh disalurkan kepada masyarakat Sungai Siput,” katanya.

 

Selain itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang turut menzahirkan keyakinan bahawa kerusinya akan tetap dipertahankan dengan pertambahan bilangan majoriti berbanding PRU13, selain berpendapat peluang BN untuk memiliki kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jalong juga cerah.

Pada masa sama, Mohd Zolkafly berkata masyarakat Sungai Siput juga kini yakin terhadap segala usaha kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam membantu rakyat.

“Walaupun ada pihak-pihak tertentu membuat tomahan dan fitnah dengan cubaan mahu meracuni pemikiran pengundi namun saya yakin, masyarakat di sini sudah bijak menilai perkara sebenar.

“Kita juga, bersama-sama parti komponen BN yang lain, akan terus bekerja kuat demi memastikan Parlimen Sungai Siput dimenangu BN pada PRU 14 nanti,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan program Lestari Modal Insan Koperasi, anjuran Maktab Koperasi Malaysia di Hotel MH Sentral Sungai Siput, dekat sini, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");