Perak Hari Ini

Semua Pihak Perlu Saling Memahami, Terapkan ‘Amanjaya’

IPOH:Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meminta semua pihak agar bersatu padu dan tidak sewenang-wenangnya menggunakan pengaruh politik hingga menjejaskan keharmonian yang dimiliki di negeri ini.

 

“Sehingga kini kerajaan negeri terus menerapkan pendekatan Amanjaya iaitu “Aman dan Berjaya” kerana tanpanya kita tidak akan mengekalkan keamanan sedia ada, tanpa nilai ini kita tidak boleh bekerjasama,kadang-kadang kerana perbezaan kecil berkaitan politik kita membentuk satu lagi masalah politik.

“Sebagai pemimpin saya tidak akan benarkan keharmonian ini digugat oleh sesetengah pihak yang cuba mendapatkan pengaruh politik untuk kegunaan peribadi, kita boleh berbeza pendapat,semua orang boleh tampil mengemukakan apa yang diingininya tetapi tak boleh jejaskan keamanan di Perak,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak (PCCCI) di sini hari ini.

Politik katanya perlu mempunyai tahap dan batasnya tersendiri termasuk pertengkaran politik berdasarkan corak demokrasi yang aman di miliki negara kita selama ini berbanding negara lain.

“Sebagai manusia paling penting kita memahami satu sama lain mesti diketegahkan tanpa mengira siapa anda,ada nilai belas kasihan jika ada nilai ini tidak mengira anada sebagai ahli politik atau ahli peniagaan, korporat atau rakyat biasa nilai ini perlu ditanamkan supaya kita dapat hidup dengan aman,” katanya.

Hadir sama pada majlis tersebut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Lee Chee Leong, anggota exco kerajaan negeri serta Pengerusi PCCCI Datuk Liew Sew Yee.

Pada majlis itu, kira-kira 2,000 tetamu menikmati pelbagai hidangan termasuklah ‘Yee Sang’ selain menyaksikan beberapa persembahan tradisi masyarakat Cina.

Zambry turut menyampaikan angpau kepada anak yatim dari sekitar rumah anak yatim terpilih di Ipoh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");