Isu Panas

Serangan Jahat Tun M Kepada PM

KOTA BHARU – BN menyifatkan Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat serangan jahat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila menuduh kerajaan akan menghalang berlangsungnya PRU14.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Mahathir telah mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas mengenai perkara itu.

“Kenyataan ini satu serangan yang jahat apabila dia mengatakan kerajaan menipu rakyat. Ini semua tidak benar.

“Negara kita berpegang pada undang-undang, ada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM), ada polis, jadi kenyataan sebegini tidak berasas,” katanya kepada media di sini sebentar tadi.

Beliau mengulas dakwaan Mahathir yang menggambarkan Perdana Menteri akan mengisytiharkan darurat bagi menghalang PRU14 tahun ini.

Terdahulu, beliau menyaksikan Majlis Memeterai Perjanjian Antara Ain Medicare Sdn Bhd  dan A-Bio Sdn Bhd di Kompleks Farmaseutikal Ain Medicare di Pengkalan Chepa.

Sementara itu, mengulas tindakan Mahathir yang dilihat cuba menghasut rakyat berdemonstrasi sekiranya pilihan raya tidak dilakukan, Mustapa berkata, penduduk Malaysia lebih bijak untuk menilai perkara itu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu juga berkata, Mahathir sebenarnya sudah lupa apa yang dipraktikkan semasa beliau memimpin negara sebelum ini.

“Tun M semasa menjadi ketua kami dia tidak mahu semua ini. Sekarang sudah banyak buat u-turn.

“Ini satu perkara yang kita dukacita dengan tindakannya apabila beliau mengajak rakyat berdemonstrasi.

“Masa dia memerintah tidak pernah kita dengar dia galakkan rakyat demonstrasi, masa jadi pembangkang  mintak rakyat berdemonstrasi. Rakyat Malaysia yang matang akan menolaknya,” katanya.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");