Perak Hari Ini

Zahid Beri Amaran Kepada Penyebar Maklumat Palsu

BAGAN DATUK: Mana-mana pihak yang cuba menyebarkan berita dan maklumat palsu kepada umum, pastinya tidak akan terlepas daripada menerima hukuman mengikut lunas undang-undang negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, disebabkan bahang Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14 semakin hampir, maka terdapat segelintir pihak yang cuba meracuni fikiran rakyat dengan penyebaran berita-berita palsu.

Katanya, akibat terlalu seronok berbuat demikian, individu terbabit kemungkinan secara tidak sedar sudah melanggar undang-undang negara.

“Mereka ini seolah-olah seronok apabila berlaku tular (terhadap berita palsu yang dibuat) dan dia suka tengok orang ‘like’.

“(Kalau begitu) Tunggu akan harga yang anda perlu bayar, jika (berterusan) berani membuat berita palsu. Tunggu tindakan daripada pihak berkuasa,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau sendiri mengakui turut pernah menjadi mangsa dalam gejala penularan berita palsu di alam maya dengan menuduh konon dirinya dilahirkan di Indonesia.

“Ibu bapa saya berasal daripada Rungkup. Saya dilahrikan di Rungkup. Bagaimana tuduh saya datang dari Indonesia?

“Memang benar saya boleh berbahasa Jawa. Begitu juga dengan orang di sini.

“Tak menjadikan saya seorang berbangsa Cina jika saya boleh berbahasa Cina,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian 3 Pusat Internet 1Malaysia Parlimen Bagan Datuk di Kampung Telok Buloh, Hutan Melintang, dekat sini pada Sabtu.

Dalam pada itu Ahmad Zahid berkata jika kemudahan teknologi itu disalah guna maka ia akan merosakkan masyarakat.

Beliau turut meluahkan kekesalan dengan segelintir pihak yang gemar mempertikaikan kredabiliti sumber-sumber berita sahih dan lebih gemar memilih maklumat daripada berita palsu yang sengaja disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");