Jenayah

Akar Reput Punca Pokok Tumbang: DBKL

KUALA LUMPUR: Akar yang reput dikenal pasti sebagai punca sebatang pokok Hujan-Hujan yang berusia 130 tahun tumbang dan nyaris menghempap sepasang suami isteri berdekatan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di Jalan Ampang pagi tadi.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Fadzilah Abdul Rashid, dalam kenyataan hari ini berkata secara fizikal, pokok itu berada dalam keadaan baik, namun pemeriksaan selepas ia tumbang mendapati berlaku pereputan pada bahagian akarnya.

“Pereputan itu memberi kesan kepada pertumbuhan akar pokok yang menyebabkan ia tidak stabil dan mudah tumbang,” katanya, menerusi laporan BH Online.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.43 pagi tadi, pokok dengan ukur lilit bersaiz 4.65 meter itu tumbang dan menyebabkan sepasang suami isteri yang menaiki motor cedera selepas melanggarnya.

Mangsa, Norazrul Ahmad, 37, cedera parah dan kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur, manakala isterinya, Mira Ezva Abd Rasid, 25, cedera ringan.

Fadzillah berkata, pokok di kawasan berkenaan diselanggara secara berjadual sebanyak dua kali setahun selain melaksanakan penambahbaikan bagi kerja penyelenggaraan pokok.

“Pihak kontraktor wajib melantik arboris (pakar mengenai pokok) bagi menjalankan pemeriksaan pokok secara fizikal dan sediakan laporan untuk DBKL bagi mengenal pasti kawasan pokok berisiko tinggi selain kemukakan cadangan tindakan yang perlu dilaksanakan.

“DBKL juga sedang merangka Pelan Pengurusan Pokok Berisiko dengan memberi keutamaan di kawasan tepi jalan.” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");