Perak Hari Ini

115 Peneroka Terawal Felda Gunung Besout 2 Terima Hak Milik Tanah

TANJUNG MALIM: Seramai 115 warga peneroka Felda Gunung Besout 2 hari ini mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri selepas penantian mereka selama lebih 30 tahun untuk mendapatkan hak milik tanah akhirnya tercapai.

Selain hak milik lot penempatan, kerajaan negeri turut mengurniakan hak milik ladang kepada mereka seluas kira-kira 4 hektar.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata usaha ini merupakan hasil bersepadu kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) yang benar-benar mahu membantu penduduk terawal di kawasan Felda ini.

Jelasnya, perkara ini dapat direalisasikan atas usaha dan kerjasama pihak Pejabat Tanah dan Daerah, wakil-wakil rakyat khususnya di kawasan Slim dengan kerajaan negeri.

“Saya yakin mereka tidak akan menjual atau membiarkan tanah ini dengan begitu sahaja kerana mereka ini telah bersama-sama dengan Felda selama ini.

“Kita mengharapkan mereka dapat menggunakan hak mereka ini dengan sebaik mungkin,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyerahan hak milik tersebut di Dewan Semai Bakti Felda Gunung Besout 2, dekat sini, pada Isnin.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim merangkap Ahli Lembaga Felda, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib; Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rusnah Kassim serta Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Selain itu Dr Zambry berkata, kesemua penerima ini merupakan penerima yang kedua yang mana seramai 495 peneroka di sini telahpun menerika hak milik sebelum ini.

Ini juga menjadikan 495 warga Felda Gunung Besout 2 telah menerika hak milik tanah.

Dalam pada itu beliau turut meluahkan rasa keyakinan warga Felda berhubung keyakikan dan sokongan mereka kepada kerajaan pimpinan BN di Perak selama ini.

“Saya melihat hubungan mereka dengan wakil-wakil rakyat kita baik, berbanding dengan pihak yang mungkin hanya turun sekali-sekala ke sini, hanya bertujuan mahu menanamkan rasa benci dalam kalangan rakyat.

“Saya yakin masyarakat Felda di sini tahu bagaimana kehidupan mereka, usaha-usaha kerajaan  negeri serta mereka tahu apa yang kerajaan telah laksanakan di bawah kepimpinan Perdana Menteri kita,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");