Membawang Hari Ini

Asyraff Bukan Orang Ketiga: Elfira

KUALA LUMPUR: Pelakon Elfira Loy tampil menjelaskan jejaka bernama Asyraff Mazlan bukan orang ketiga yang menjadi punca ikatan pertunangannya dengan penyanyi, Sufian Suhaimi putus baru-baru ini.

Memetik laporan Malaysia Gazette, menerusi penjelasan yang dimuat naik di Insta Stories akaun Instagram peribadinya, Elfira berkata, dia sudah lama mengenali Asyraff.

Dia turut memberitahu pemergiannya menunaikan ibadah umrah awal Februari lalu, bukannya hanya berdua bersama lelaki itu.

“Kalau nak kata saya yang beri ruang untuk orang buat fitnah, dalam caption terang-terang dah tulis makan sempena kelahiran Acap (Asyraff).

“El dah kenal Acap dah lama lagi dah, sejak dari zaman tak bertudung masa shoot (penggambaran) Kayuhan Cinta sampailah sekarang.

“Dan trip ke Mekah, kami hanya satu kumpulan, bukan pergi bersama,” tulis Elfira.

Tambah wanita berusia 23 tahun itu, dia sudah memberi penjelasan yang sepatutnya dan sekiranya ada lagi perkara berbangkit selepas ini, secara terang orang lain yang telah memfitnahnya.

“Tapi lepas ini kalau korang nak cakap bukan-bukan, korang yang memfitnah.

“Bukan El yang menimbulkan fitnah,” tegasnya.

Sejak beberapa hari lalu, nama ahli perniagaan, Asyraff telah dikaitkan sebagai pengganti Sufian selepas jejaka tersebut memuat naik gambar mereka bersama semasa berada di Makkah dan menyambut hari lahirnya baru-baru ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");