Membawang Hari Ini

‘Badang’ Dinilai 1/10, Hanya Kutip RM74,000

SELEPAS 14 hari tayangan, filem adiwira tempatan arahan Profesor Datuk Dr. A. Razak Mohaideen Badang, akhirnya menamatkan tayangannya di pawagam dengan jumlah kutipan sebanyak RM74,148, 67 (sumber: laman web Finas).

Menurut laporan Sinar Online, jumlah kutipan ini sekali gus menidakkan misi penerbitnya, FiTA Studio Sdn Bhd untuk melakar rekod pecah panggung bagi filem ini.

Semenjak ditayangkan kepada umum pada 15 Februari lalu, filem yang menampilkan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri sebagai teraju utama ini telah dikecam hebat netizen yang rata-ratanya menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kualiti filem ini.

Tidak sekadar itu, menurut Internet Movie Database (IMDB), Badang telah menerima penilaian yang sangat rendah iaitu 1/10. Malah dikatakan kurang daripada 10 peratus penonton yang dikesan menyukai filem ini.

Selain Aliff Syukri, filem aksi yang menelan belanja pembikinan sebanyak RM2.2 juta turut menampilkan barisan pelakon seperti Fasha Sandha, Fauzi Nawawi, Aminah Rhapor dan lain-lain.

Dalam genre seumpama ini, hanya Cicakman pertama yang ditayang pada 2006 yang mencipta rekod kutipan RM6.7 juta dengan kos RM1.7 juta.

Cicakman 2 pada 2008 dengan kos RM3.5 juta meraih hanya RM2.7 juta. Cicakman 3 (2015) yang berkos RM3.5 juta hanya mengutip RM2.53 juta.

Filem Kapoww!! pada 2010 mengutip RM270,000 walau kosnya hampir RM2 juta.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");