Berita Hari Ini

Belum Dibawa Ke Kabinet – Salleh

CYBERJAYA: Cadangan bagi penggubalan rang undang-undang mengekang berita palsu belum dibawa ke peringkat Kabinet untuk dibincangkan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said sedang berusaha menemui pelbagai pihak bagi mendapat maklum balas berhubung perkara itu.

“Azalina mempengerusikan jawatankuasa bagi mengkaji undang-undang baharu untuk membendung berita palsu ini dan setakat ini, ia belum dibincangkan di Kabinet.

“Cuma kita sudah tentukan sebelum dibentangkan kepada Kabinet, Azalina seharusnya menemui seramai mungkin pihak berkepentingan untuk mendapat maklum balas dan pandangan mereka dalam hal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran aplikasi mudah alih portal Sebenarnya.my lapor Berita Harian.

Sebelum ini, pelbagai pihak menggesa kerajaan mempercepatkan penggubalan rang undang-undang mengekang berita palsu supaya pemikiran rakyat tidak diracuni berita palsu daripada pembangkang terutama pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Mengulas mengenai Sebenarnya.my, Salleh berkata, sejak dilancarkan setahun lalu, portal berkenaan sudah menerima lebih 25 juta layaran dengan purata dua juta layaran setiap bulan.

Katanya, analisis dijalankan portal ini juga mendapati peningkatan purata sebanyak 10 peratus setiap suku terhadap jumlah layaran partal itu.

“Peningkatan ini memberi petunjuk positif bahawa wujudnya kadar kesedaran dalam kalangan masyarakat dalam membudayakan amalan menyemak, menganalisis dan menentusahkan berita yang mereka terima,” katanya.

Beliau berkata, portal berkenaan diharap dapat menangani gejala penularan berita palsu yang menjadi musuh negara dan boleh memberi impak negatif kepada individu dan masyarakat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");