Perak Hari Ini

Bertanding Parlimen Dan Dun, Bukan Satu Kejutan

IPOH:Pemilihan calon bakal bertanding di kedua-dua kerusi Parlimen dan Dun dalam Pilihanraya umum ke-14 (PRU14) bukanya satu kejutan dan perkara baru malah ia bergantung kepada keperluan dan keputusan pucuk pimpinan tertinggi.

Pengerusi Barisan Nasional Perak (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata senario itu bukannya sesuatu yang asing dalam konteks Barisan Nasional apatah lagi dalam konteks pembangkang.

“Mereka lebih banyak kawasan yang dipilih, ramai pembangkang yang bertanding di dua kawasan termasuk peringkat kebangsaan BN ada juga pemimpin yang begitu termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Tindakan itu bukan satu kelainan atau menggambarkan kita sudah tiada calon, kalau alasan itu digunakan bermakna pembangkang sama juga tidak mengambil perkiraan tersebut tetapi lebih kepada kemahuan pucuk pimpinan yang lebih bersifat ingin perkhidmatan calon berkenaan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco hari ini.

Katanya bagi Negeri Perak, penilaian akan terus dilaksanakan sama ada terdapat keperluan bagi bertanding di dua kawasan perlu diberikan kepada wakil rakyat atau sebaliknya.

“Kita menolak tanggapan bahawa kita menutup semua pintu seperti mana juga daripada segi peluang setiap calon yang berpotensi sama ada dia bertanding di peringkat dun sekarang atau bertanding juga di peringkat Parlimen kerana ia satu proses yang biasa malah bukanya satu kejutan ia berlaku di mana-mana,” katanya.

Sementara itu katanya, senarai calon telah diserahkan dan pihaknya sedang menanti saat akhir pengumuman untuk pembubaran parlimen.

“Tidak bermakna tindakan itu tidak akan berlaku, atau tidak boleh berlalu tetapi bergantung kepada kepimpinan ,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");