Isu Panas

Blogger Gesa SKMM Siasat Guan Eng Siar Berita Palsu

CYBERJAYA – Seorang blogger, Ragvinder Singh Jessy hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa memuat naik berita-berita palsu menerusi laman sosialnya.

Pemilik blog www.thethirdforce.net itu mendakwa setiausaha agung DAP itu sengaja berkongsi artikel berita palsu terbitan portal milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang di www.bulentinmutiara.com tentang projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

“Berita palsu itu berbaur hasutan dan fitnah termasuk menuduh Barisan Nasional membeli undi rakyat dengan menggunakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ragvinder turut menggesa SKMM untuk melakukan siasatan segera terhadap Lim kerana tindakannya itu boleh menggugat kestabilan negara serta menjejaskan keharmonian antara rakyat.

“Guan Eng perlu lebih bersikap bertanggungjawab sebagai seorang pemimpin, dan tindakan sebar berita palsu dan fitnah adalah satu kesalahan di sisi undang-undang negara,” katanya.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");