Perak Hari Ini

BN Perak Sudah Kenal Pasti Ada Calon Bukan Ahli Politik, Pemimpin Bahagian

IPOH:Barisan Nasional Perak (BN) telah mengenalpasti calon bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) antaranya calon yang bukan daripada latar belakang politik dan barisan kepimpinan bahagian.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata BN menggunakan pendekatan menyeluruh bagi memilih calon yang layak termasuk keupayaan membantu membentuk dan mengurus kerajaan.

“Bagi mencari calon terbaik seperti mana juga pada pilihan raya lalu, kaedah Barisan Nasional memilih calon-calon itu mengambil kira segala aspek iaitu pemimpin yang mempunyai latar belakang baik, pemimpin yang mempunyai latar belakang akar umbi, calon yang mempunyai latar belakang pengurusan serta mempunyai pengalaman dalam mentadbir.

“Cara pendekatan BN adalah menyeluruh kerana tidak ambil calon-calon yang semata-mata untuk seronok-seronok sahaja atau dia pandai bercakap pandai maki hamun orang, pandai berceramah maka kita ambil dia, tak.

“BN memilih calon yang mempunyai kepelbagaian dan kualiti kerana akhirnya kita ingin memberikan perkhidmatan kepada rakyat dengan mengambil kira latar belakang kehidupan rakyat di negeri ini,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Malah katanya, BN Perak mendapati terdapat calon bukan yang bukan daripada latar belakang politik serta dari barisan kepimpinan bahagian tetapi mereka adalah calon terbaik untuk kawasan tersebut.

Sementara itu beliau turut mengulas kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui menggunakan khidmat media asing dalam usaha melaporkan skandal kewangan negara, 1MDB.

Jelas Zambry, kenyataan tersebut akan kedengaran apabila ‘pihak’ itu sudah melupai apa yang telah dilaksanakan ketika pentadbirannya.

“Orang yang bercakap itu juga dia adalah satu ketika dahulu berada dalam mainstream jadi ayat itu tidak pernah keluar daripada mulutnya sebaliknya apabila berada di pinggiran kuasa maka soal sebegini akan kedengaran, biasalah kitaran dan putaran alam..kehidupan adakalanya kita lupa apa yang kita laksanakan dulu dan kini tidak sama dengan zaman kita dahulu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");