Berita Hari Ini

‘Boleh Dibawa Keluar Tetapi Tidak Boleh Disiarkan’

KUALA LUMPUR – Laporan Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya yang tersedia di meja Ahli Parlimen boleh dibawa keluar mereka tetapi tidak boleh disiarkan.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata demikian selepas merujuk Peraturan Mesyuarat.

“Apabila saya merujuk Peraturan Mesyuarat 95A, ia tidak menyebutkan bahawa ia tidak boleh dibawa keluar.

“Jadi, boleh bawa keluar tetapi tidak dibenarkan untuk disiarkan dalam apa cara sekalipun,” tegas Pandikar.

Terdahulu, ahli Parlimen tidak dibenarkan untuk membawa keluar Laporan Persempadanan Semula dari kamar Dewan Rakyat sehingga mencetuskan bantahan daripada ahli-ahli Parlimen Pembangkang.

Menurut Pandikar, hal ini kerana beliau khuatir ia bakal disiarkan di media.

Beliau memberi jawapan kepada beberapa Ahli Parlimen Pembangkang yang bangun untuk menyatakan bantahan terhadap ketetapan yang melarang mereka untuk membawa keluar laporan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");