Isu Panas

Bukan Kerja BN Nak Pindah Pengundi: Raja Nong Chik

KUALA LUMPUR – Usaha memindahkan pengundi Parlimen Lembah Pantai ke Sekinchan tanpa pengetahuan pengundi disifatkan sebagai kerja bodoh jika benar ia didalangi BN.

Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata, sebaliknya ia berkemungkinan wujud atas perancangan daripada pihak tertentu untuk meraih undi.

“Bukan kerja-kerja dibuat oleh BN. Kita tidak berusaha untuk pindahkan pengundi. Apatah lagi ia melibatkan kos.

“Ini hanya nak timbulkan isu seolah-olah kita yang buat. Tapi mungkin mereka yang buat untuk mahu simpati pengundi atas pagar,” katanya ditemui pada Program Inisiatif Melestari Pembangunan Komuniti (1MPAK), di sini, hari ini lapor Sinar Harian.

Beliau mengulas berhubung pendedahan yang dilakukan Ketua AMK Lembah Pantai, Fahmi Fadzil yang mengenal pasti terdapat 56 senarai pengundi Lembah Pantai yang kini dalam proses pertukaran tempat mengundi berdasarkan daftar pemilih SPR sekali gus cubaan sebagai pengundi hantu.

Dua ibu tunggal antara yang tampil mendakwa wujud manipulasi pihak tertentu yang telah memperdaya mereka sehingga menyebabkan berlaku permohonan pertukaran tempat mengundi tanpa pengetahuan.

SPR dalam kenyataan balas berhubung kes itu menyerahkannya kepada siasatan pihak polis jika wujud manipulasi pihak tertentu bagi proses pertukaran tempat mengundi kerana status proses itu adalah berdasarkan borang A yang telah lengkap di isi.

Raja Nong Chik, berkata, dakwaan wujud pengundi hantu bukan baharu ditimbulkan malah pada PRU13, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar turut menimbulkan isu pengundi hantu.

“5,000 pengundi Lembah Pantai yang sudah sekian lama mengundi dikatakan pengundi hantu. Sebahagian pengundi hantu yang dia dakwa itulah yang menyokongnya,” katanya.

Sementara itu, Raja Nong Chik berkata, BN dan Umno Lembah Pantai konsisten dalam berkhidmat kepada rakyat meskipun tidak dipilih sebagai wakil rakyat.

Sebaliknya beliau berkata, berbeza dengan pihak yang telah diberi mandat tetapi hanya timbul apabila PRU hampir.

“Kita tidak mahu berlakon masa inilah nak tunjuk rajin. Walaupun bukan lagi menteri, saya bersama rakan-rakan perjuangan tidak lupakan rakyat. Bukannya habis PRU hilang,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");