Perak Hari Ini

Pengundi Parlimen Tambun Mahu Perubahan Pilih Calon Sesuai

IPOH:Pemilihan calon menjadi percaturan utama bagi menyaksikan kemenangan untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) selain memenangi hati pengundi secara keseluruhannya.

Menjelang PRU-14 bakal tiba pada bila-bila sahaja, timbul pelbagai spekulasi, ramalan juga keinginan mengenai kriteria calon di setiap kawasan.

Perak Today hari ini mendapatkan reaksi pengundi di kawasan Parlimen Tambun bagi mendapatkan pandangan mereka berhubung calon yang layak bertanding pada PRU-14 kelak.

Bagi Muhamad Adzhar Tajuddin, setiap parti politik perlu membuka ruang lebih luas kepada barisan muda untuk diketengahkan dalam PRU-14 khususnya di Tambun sendiri.

Katanya, pemilihan calon muda bukannya bertujuan untuk menafikan kebolehan pemimpin senior dan veteran dalam menggalas tugas tetapi amat sayang sekali jika undi golong muda ini terlepas apabila kurang bijak menilai prestasi dan pencapaian pemimpin atau wakil rakyat sebelum ini.

“Saranan saya ini bukan menafikan peranan pemimpin senior dan ve­teran, tetapi menyuarakan agar pemimpin muda lebih banyak diberi ruang kerana mereka tonggak masa depan negara,” katanya.

Terdahulu dalam satu kenyataan, Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bersedia sekiranya dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Ahli Parlimen Tambun itu bagaimanapun berkata, terpulang kepada Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukannya.

Bagi Ahmad Syarkawi Yahaya pula, ketika ditanya mengenai kenyataan Husni itu,tidak dinafikan Ahli Parlimen Tambun kini telah menjalankan tanggungjawab dengan baik namun tindakan meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan Kedua tahun lalu umpama gambaran penghujung kepada karier politiknya.

“Adalah elok diberikan ruang kepada pemimpin yang juga sudah lama terlibat dalam politik di Tambun namun masih belum diberikan ruang menunjukkan keupayaan mentabir.

“Malah sebagai pengundi di Tambun pastinya kita mahu calon tempatan dan tidak mahu orang luar kerana orang tempatan pastinya memahami keadaan juga budaya di kawasan itu berbeza dengan orang luar yang pastinya mengambil masa dan sukar,” katanya.

Katanya pembaharuan perlu dilakukan dan baik kiranya pemimpin terdahulu memberikan sokongan, nasihat dan tunjuk ajar kepada pemimpin baru bagi mengalas tanggunjawab kelak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");