Perak Hari Ini

Calon BN Parit: Pengundi Tolak Orang Luar, Pemuda Kata ‘No Problem’ Siapa pun

IPOH: Teka-teki siapa yang bakal menjadi calon Barisan Nasional bagi Parlimen Parit masih sukar diketahui.

Rata-rata pendapat yang berbeza dikalangan pengundi dan ahli BN sendiri.

PerakToday, berkesempatan mendapatkan respons pengundi di kawasan tersebut berkenaan isu ini.

Dia yang tidak mahu dikenali berkata pengundi di Parit lebih selesa jika calon yang dikemukakan itu merupakan calon tempatan dan juga yang bersama dengan bahagian parti.

Jelasnya ia terbukti apabila BN pernah mengalami kekalahan kepada pembangkang apabila BN mengemukakan calon luar mewakili parti untuk kerusi tersebut pada tahun 1999.

Jelasnya, individu yang disebutkan dalam posting tersebut sememangnya ‘orang luar’ selain merasakan dia tidak serasi masyarakat tempatan.

“Kita lihat sumbangan yang diberikan. Mengapa dalam lapan kawasan hanya diberi dalam Parlimen Parit. Mengapa tidak di Parlimen lain sedangkan ianya juga harus di agihkan bantuan itu kepada kawasan lain,” ujarnya.

Tambahnya lagi masyarakat di sini terbuka untuk menerima sesiapa sahaja menjadi calon asalkan ianya datang kalangan warga tempatan.

Dalam pada itu, Pemuda UMNO Parit memilih untuk bersifat terbuka dan akan menyerahkan segala keputusan berkenaan pemilhan calon ahli parlimennya pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Ketuanya, Khairul Shahril Mohamed berkata pihaknya tidak ambil pusing sama ada pucuk pimpinan mahu mengekalkan muka lama ataupun mengemukakan calon baharu kerana baginya kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam PRU14 adalah keutamaannya selama ini.

“Inilah ketetapan yang yang dibuat BN, kepimpian dan penyokong BN yang mana kita lebih mementinhkan parti berbanding individu.

“Kita yakin dan percaya pucuk pimpinan lebih arif dari segi menilai dan menentukan siapa yang sesuai untuk dijadikan calon bagi membawa bendera BN nanti

“Selaku pemimpin saya lebih mementingkan hierarki parti namun, akhirnya sesiapa sahaja diangkat, kita ‘no problem’ (tiada masalah),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan satu posting dari sebuah laman blog yang mencadangkan agar seorang individu lain bagi mengantikan Ahli Parlimen Parit yang kini diduduki Datuk Mohd Zaim Abu Hasan.

Pada PRU13, Mohd Zaim berjaya menewaskan calon Pas, Muhammad Ismi Mat Taib dengan undi majoriti sebanyak 4,497.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");