Membawang Hari Ini

Dada Saya Asli – Elly Mazlein

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Elly Mazlein, menafikan dakwaan kononnya beliau melakukan pembedahan untuk membesarkan payudaranya.

Sambil tergelak besar mendengar pertanyaan itu, Elly, 38, berkata beliau tidak pernah melakukan prosedur terbabit demi kecantikan diri.

“Dada saya adalah asli dan ia berkeadaan begitu kerana anak saya, Putri Sarah Sefhia, masih lagi menyusu badan.

“Lagipun, tiada sebab untuk saya membuat sebarang perubahan.

“Kalau ada yang masih sangsi dan terus membuat tuduhan bukan-bukan, saya tak kisah. Terpulanglah pada mereka,” kata Elly ketika ditemui pada majlis sidang media Mentor Otai di sebuah pusat hiburan terkemuka, di sini pada Selasa, sebagaimana dilaporkan BH Online.

Diusik dengan pertanyaan, adakah beliau gusar andai netizen menggelarkan dirinya sebagai simbol seks hanya kerana bentuk fizikalnya itu, Elly bersikap terbuka dalam hal terbabit.

“Lantak apa orang nak kata. Saya malas nak fikir kerana saya sudah melalui banyak kontroversi sebelum ini. Mulut orang bukannya boleh ditutup,” katanya.

Terdahulu, penyanyi Usah Ditambah Bara Tersimpan ini dipilih sebagai pengacara program mingguan itu, bersama-sama penyampai Hot FM, Haziq Husni.

Mentor Otai yang akan bersiaran di TV3 membariskan penyanyi Misha Omar, Siti Sarah, Zarul Husin dan Tam Spider sebagai mentor.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");