Berita Hari Ini

Dana RM392 Juta Bantu Pelarian Palestin

ROME – ITALI. Agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang membantu pelarian Palestin berkata semalam, ia menerima ikrar tunai baharu yang membolehkannya beroperasi selama beberapa bulan, namun untuk tempoh jangka panjang tidak dapat dipastikan.

Agensi Bantuan dan Kerja PBB (UNWRA) masih mencari dana untuk membiayai kekurangan bajet sebanyak AS$446 juta (RM1.75 bilion), sebahagian besarnya disebabkan keputusan tiba-tiba Presiden Donald Trump Januari lalu yang membekukan bantuan kepada Palestin.

Persidangan di Rome itu menarik janji dari negara seluruh dunia untuk tambahan dana sebanyak AS$100 juta (RM392.70 juta), meninggalkan UNWRA dengan tugas berat memastikan perkhidmatan pendidikan, penjagaan kesihatan dan keselamatan makanan dapat bertahan.

“Satu langkah penting pertama dicapai hari ini, namun jalan masih panjang. Jika UNWRA tidak wujud, jika khidmatnya tidak disediakan, keselamatan rantau itu akan terjejas,” kata Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres kepada media.

Washington dikatakan menderma sejumlah AS$350 juta (RM1.37 bilion) setahun kepada UNWRA yang diasaskan pada 1949 untuk membantu pelarian Palestin, namun setakat ini hanya lebih AS$60 juta (RM235.62 juta) diterima.

PBB melahirkan kebimbangan mereka tidak akan menerima tambahan dana daripada AS pada tahun ini lapor Reuters.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");