Jenayah

Dirogol Bergilir-Gilir Selepas Cari Kerja

PENAMPANG: Hasrat gadis berusia 16 tahun mencari pekerjaan, bertukar detik hitam apabila dipercayai dirogol secara bergilir-gilir enam lelaki dalam kejadian di belakang kedai runcit kawasan perindustrian Yue Min, di sini 1 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dikatakan keluar dari rumahnya di daerah ini untuk mencari pekerjaan.

“Pada 8 malam, hari yang sama selepas mencari kerja, mangsa di bawa dua lelaki yang dikenalinya di belakang kedai runcit di kawasan perindustrian Yue Min.

“Ketika tiba di kawasan itu, empat lelaki lain yang dikenalinya berada di situ dan bersama-sama minum minuman keras,” katanya menerusi laporan Harian Metro, hari ini.

Beliau berkata, selepas itu, mangsa mendakwa selepas minum beberapa gelas, dia terasa pening dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana dalam keadaan separa sedar.

“Mangsa hanya sedar kira-kira 11 malam selepas kemaluannya sakit selain baju dalam dan zip serta butang seluar jeans dalam keadaan terbuka.

“Mangsa hanya membuat laporan polis 2.15 petang kelmarin kerana dalam keadaan trauma dan susulan itu, polis berjaya memberkas keenam-enam lelaki yang terbabit dalam kejadian itu, semalam,” katanya.

Menurutnya, keenam-enam suspek berusia lingkungan 20 tahun ditahan mengikut Seksyen 375 Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");