Membawang Hari Ini

Eina Azman Dapat Kereta Lagi

SELEBRITI tinggi lampai, Datin Paduka Eina Azman menerima kejutan istimewa sempena ulang tahun kelahiran ke-23 pada 13 Mac lalu.

Suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah menghadiahkan sebuah kereta berwarna hitam jenis Mercedes, pada majlis keraian di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

“Syukur Alhamdullilah…. Thanks sayang @datopadukakaiser for the magnificent birthday party.

“I am so happy. No words are amazing enough to describe how fantastic you make me feel last night.

“Tq so much sayang for being a very good hubby n daddy to @aubreykarl Love You So Much Husband,” tulisnya di Instagram sambil beserta #einaazman #datogmix, #EinaAzmanTurns23 dan #13march2018 lapor Sinar Harian.

Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos 2014.

Majlis itu meraih perhatian umum apabila Eina menerima sebuah kereta Chevrolet Camaro sebagai hantaran perkahwinannya.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan anak kembar, Arianna Aubrey dan Karl Kareef yang kini berusia dua tahun.

Sebelum ini, Kaiser Gurmeet turut menghadiahkan jam tangan jenama Rolex kepada anak kembarnya sempena sambutan ulang tahun kelahiran kedua mereka, bulan lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");