Membawang Hari Ini

Elfira Masih Hubungi Sufian Biarpun Sudah Putus Tunang

KONTROVERSI putus tunang antara Elfira Loy dan Sufian Suhaimi semakin hangat apabila pihak pengurusan penyanyi lelaki itu meminta mana-mana pihak tidak terus mengeruhkan lagi keadaan apabila isu berkenaan dilihat masih belum reda.

Pengurus kepada Sufian dari Aries Music iaitu Mahadhir Mohamad, berkata, pihaknya turut kesal kerana keluarga Elfira masih memberi komen termasuk mendedahkan beberapa perkara di laman sosial berhubung isu berkenaan.

Tidak selesa dengan hal tersebut, Mahadhir akhirnya terpaksa membuka mulut untuk melindungi artisnya dengan mendedahkan perkara sebenar mengenai hubungan pasangan itu.

Ujar Mahadhir, selepas pasangan berkenaan secara rasmi putus tunang pada 18 Februari lalu, Elfira sebenarnya masih menghubungi Sufian.

“Selepas putus tunang, Elfira masih menghubungi Sufian tapi saya minta dia (Sufian) supaya tak perlu lagi layan, tapi Sufian ni jenis lelaki yang baik dan tak boleh menolak.

“Saya ada minta dia tak perlu panjang-panjangkan lagi dan move on, buat hal sendiri sahaja. Sufian pun dah tak mahu lagi hubungan ini,” katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini, ibu kepada aktres tersebut iaitu Filzah Yusoff memuat naik beberapa status di laman Instagram yang lebih kepada meluahkan perasaan terbuku di hatinya mengenai individu yang bersikap tidak baik iaitu melakukan penipuan.

Sementara itu, Mahadhir turut berasa hairan mengapa ibu Elfira mengeluarkan kenyataan mengatakan Sufian seorang penipu sedangkan penyanyi itu tidak pernah berbohong dengan mereka.

“Saya tak tahu apa yang Sufian tipu, adakah sebab emak Elfira ada menghubungi wanita yang mengakui sebagai bekas kekasih Sufian dulu?

“Ingin saya terangkan, Sufian dan gadis berkenaan tidak mempunyai sebarang hubungan mesra dan hanya kawan biasa seperti remaja lain, tapi orang luar yang salah faham. Biasalah zaman remaja berkawan begitu.

“Jadi di mana penipuan yang dia lakukan, Sufian tak lari daripada media. Sebaliknya pihak sana, kenapa tak tampilkan Elfira menjawab persoalan ini, hanya ibu dan bapa yang keluarkan kenyataan,” katanya.

Menyingkap kisah sebelum pertunangan, Mahadhir berkata Sufian memilih jalan untuk menghalalkan hubungan bagi mengelakkan salah faham masyarakat kerana Elfira kerap mengikuti Sufian ke mana-mana lokasi persembahan.

“Sebelum bertunang, El kerap telefon dan ikut Sufian ke sana-sini, siang dan malam. Sufian rasa tak manis begitu dan memilih untuk bertunang dan berkahwin, baginya itu jalan terbaik dari orang fitnah.

“Sufian sanggup korbankan karier meskipun dia sedar dia penyanyi baru dan kami pengurusan sudah menasihati dia supaya tak kahwin awal tapi dia kata itu takdir dan kami terima keputusannya itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mahadhir meminta mana-mana pihak tidak memanjangkan lagi isu ini dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

Malah, tindakannya memuat naik status di Facebook dan Instagram berhubung hal berkenaan adalah untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku dan mengelakkan kekeliruan.

“Benda dah lepas tak payah panjang-panjangkan lagi dan mereka pun sudah tiada apa-apa hubungan lagi. Masing-masing buat hal sendiri sajalah.

“Semalam saya buat statement di Facebook supaya orang tak keliru sebab saya tak nampak kesilapan sufian pun. Keputusan putus tunang ini dibuat pihak sana, bukan Sufian,” katanya.

Pada 18 Februari lalu, pihak keluarga Elfira mengesahkan sudah bertemu dengan keluarga Sufian untuk memulangkan cincin kepada pihak lelaki.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada bulan ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");