Isu Panas

Guan Eng Ada 4 Hari Untuk Mohon Maaf: Azeez Rahim

Kuala Lumpur:Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diberi tempoh 4 hari untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka di media arus perdana berikutan didakwa memfitnah terhadap Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkaitan isu penerimaan wang RM 3 juta dari syarikat Zenith Konsortium.

Abdul Azeez dalam sidang media memberitahu, sekiranya pemimpin DAP berkenaan gagal melakukan permohonan maaf maka beliau tidak teragak-agak untuk meneruskan proses saman fitnah terhadap dirinya.

Jelas beliau lagi, beberapa tuntutan telah dibuat terhadap Guan Eng berikutan tindakan  pemimpin DAP itu yang dilihat sengaja menghasut rakyat serta mencemarkan imej beliau.

“Dengan ini saya menuntut Guan Eng supaya menarik balik semua kata-kata fitnah terhadap saya dan parti keramat UMNO, Tabung Haji serta rakyat Baling.

“Ini kerana, Guan Eng ada mempertikaikan kelayakan saya sebagai Pengerusi Tabung malah, beliau turut menyatakan bahawa UMNO yang telah menerima duit tersebut.

“Jadi dalam konteks ini saya juga telah meminta beliau, melakukan Aku Janji supaya tidak mengulangi kata-kata fitnah sedemikian rupa terhadap saya.

“Saya juga minta Guan Eng memberi saya senarai dari mana beliau mendapat sumber-sumber maklumat sekiranya ada,” katanya pada sidang media disini, hari ini.

Azeez menambah, jika dilihat pada penularan isu berkenaan surat telah dipos kepadanya pada 23hb Februari.

Bagaimanapun katanya, mengikut kronologi isu berkenaan pada 24hb Februari ia telah diviralkan yang bermula dari Malaysiakini dan disambut oleh portal-portal.

Katanya, sedangkan ketika itu beliau tidak tahu-menahu mengenai wang sogokan RM 3juta dari syarikat Zenith.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya tidak pernah ada apa-apa urusan dengan Zenith dalam konteks terowong,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");