Isu Panas

Hudud Masih Agenda Pas

KOTA BHARU: Pas menegaskan agenda pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II atau hudud masih menjadi keutamaan parti itu walaupun tidak disebut secara khusus dalam manifesto pilihan rayanya.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, usaha melaksanakan hudud menjadi sebahagian daripada agenda memperkasakan Mahkamah Syariah dalam sistem perundangan Islam seperti mana yang diumumkan.

“Hudud ini bukanlah satu benda yang besar. Ia sebahagian usaha memperkasakan Mahkamah Syariah.

“Macam rang-undang 355 (RUU355), kita tak sebut hudud tapi memperkasakan Mahkamah Syariah,”katanya sebagaimana dilaporkan Sinar Online.

Dalam manisfesto yang dibentangkan baru-baru ini Pas tidak menamakan hudud secara khusus sebaliknya memasukkan terma memperkasakan Islam sebagai agama persekutuan dengan melaksanakan tuntutan Islam.

Kenyataan tersebut menyebabkan parti itu dikritik kerana dikatakan tidak mahu menjadikan hudud sebagai agenda penting parti.

Dalam pada itu Takiyuddin menegaskan , agenda mereka lebih besar dan hudud itu adalah sebahagian daripada yang disasarkan.

“Kita menyebutkan perkataan Islam, Islam itulah yang penting bagi kita dan Islam itu boleh dicernakan dalam pelbagai aspek yang lain, “katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");