Jenayah

Isu Terowong: SPRM Beku Empat Akaun

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak membekukan empat akaun berjumlah RM3.6 juta dan menyita kenderaan mewah bernilai RM1.3 juta.

Ia susulan penahanan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri. kerana dipercayai menerima wang berjumlah RM19 juta bagi menutup kes siasatan projek mega terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Menurut sumber, SPRM hari ini telah membekukan empat akaun bank milik syarikat lelaki terbabit, yang mempunyai wang berjumlah kira-kira RM3.6 juta.

“Selain itu, SPRM turut menyita empat kenderaan mewah iaitu Toyota Vellfire, Mercedes Benz, Land Rover dan Hyundai Starex, dianggarkan bernilai kira-kira RM1.3 juta, serta tiga televisyen bernilai RM167,900,” katanya.

Sementara itu difahamkan, turut disita ialah sebuah rumah bernilai kira-kira RM2.5 juta yang terletak di Petaling Jaya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan penyitaan itu, dan berkata pasukan penyiasat masih dalam proses mengumpul bukti bagi membantu siasatan.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");