Perak Hari Ini

Zambry Tak Bimbang Dengan Kajian Invoke

MANJUNG:”Saya tidak bimbang dengan kajian Invoke, paling penting cara pendekatan kita adalah buat kerja sahaja,” begitu ulasan Pengerusi Barisan Nasional Perak Datul Seri Dr Zambry Abd Kadir mengenai kajian pemikir bebas yang menyatakan Perak antara negeri yang akan jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-14.

Beliau sama sekali tidak mahu memperlekehkan kajian tersebut bagaimanapun, bagi mereka yang raisonal serta mengambil kira pelbagai pendekatan, statistik dan jangkaan rasional ia boleh dipersoalkan.

“Cuba kita buat pemerhatian dalam kajian Kelantan dikatakan turut jatuh, PAS langsung tak ada..saya tidak mahu memperlekehkan kajian mereka tetapi bagi mereka yang rasional menerusi pelbagai pendekatan dan jangkaan rasional ia boleh dipersoalkan.

“Saya tidak bimbang dengan kajian Invoke, paling penting cara pendekatan kita buat kerja,” katanya dalam satu sidang media selepas melancarkan jentera pilihan raya umum ke 14 (PRU) Parlimen Lumut, di sini hari ini.

Katanya, dalam politik paling utama adalah dengan memberi fokus kepada jumlah bilangan pengundi di kawasan tersebut.

“Invoke boleh buat apa sahaja, semua nak gunakan istilah ‘big data’, semua nak buktikan kajian mereka bertetapan berdasarkan big data.

“Saya tak mahu perlekehkan mana-mana pihak tetapi bagi sesiapa melihat semuanya bukan Perak sahaja Melaka, Negeri Sembilan, Johor akan habis,” katanya.

Katanya pelbagai langkah propaganda paling penting bagi mereka namun dipihak BN ‘kerja’ perlu diteruskan.

“Invoke, provok ke tak apa paling penting buat kerja Invoke nak provok itu dia punya masalah,” kataya dalam nada gurauan.

Terdahulu menerusi kajian Kedah, Perak dan Johor diramal akan jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH) selain mendapat kemenangan besar di Selangor dan Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 berikutan tsunami Melayu, kata badan pemikir Invoke berdasarkan kajian.

Dijangka Dewan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan akan tergantung, kata Pengarah Invoke Rafizi Ramli ketika membentangkan kajian di forum “GE14 Prediction Forum: What The Big Data Tells Us?” Kuala Lumpur baru-baru ini.

Barisan Nasional (BN) pula dikatakan menang bersih di Terengganu dan Kelantan selain mengekalkan kuasa di Pahang manakala PAS tidak akan menang sebarang kerusi persekutuan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");