Perak Hari Ini

Jangan Asingkan Belia Jauh Dari Arus Pentadbiran, Pembangunan Negeri-DS Zambry 

IPOH:Kerajaan Perak mengambil pendekatan dengan tidak memisahkan generasi muda jauh daripada arus pembangunan dan juga pentadbiran serta pengurusan Negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata generasi muda tidak boleh diletakkan hanya sebagai golongan masa depan semata-mata sebaliknya mereka merupakan generasi ‘masa kini’.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama, Dewan Belia Perak yang kedua di Bangunan Darul Ridzuan hari ini.

“Dewan perwakilan Belia bersidang mulai hari ini, dan setakat ini saya mendapat maklumat Dewan Belia Perak merupakan satu-satunya persidangan yang dibuat di dalam Dewan Undangan Negeri sebenar.

“Paling penting di Negeri Perak, kita menyediakan ruang kepada para belia untuk menjadikan dewan persidangan sebagai tempat menyampaikan hasrat, pandangan serta idea untuk kemajuan negeri serta perbaiki kekurangan yang ada,” katanya.

Katanya, golongan belia perlu bersama mengembleng tenaga dan berusaha membangunkan Negeri Perak.

“Kita tidak memisahkan mereka dalam kluster yang lain, paling penting letakkan sebahagian proses pembentukan sebuah negeri dan dasar,” katanya.

Katanya, pelbagai usul telah dipertimbangkan dan diangkat sebagai input pada peringkat Kerajaan Negeri antaranya mengenai kuota lima peratus bagi perumahan dan kuota khusus untuk golongan wanita.

“Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) telah menyediakan kuota perumahan sebanyak lima peratus kepada golongan belia, malah kerajaan negeri turut menggalakkan pihak swasta yang membangunkan perumahan dapat menyediakan kuota khusus untuk golongan belia.

“Begitu juga golongan belia wanita yang diberikan ruang seluas-luasnya, bukan sekadar 30 peratus kuota yang diperlukan untuk wanita kita penuhi.

“Malah ada sektor tertentu meletakkan lebih dari 30 peratus kouta berdasarkan kemampuan mereka kerana kita tidak boleh mendiskriminasikan wanita atas nama jantina,” katanya.

 

Zambry yang menyampaikan ucapan di hadapan 60 orang perwakilan Belia Perak turut menasihati para perwakilan supaya memanfaatkan platform dewan belia sebaik mungkin dan mengekspresi bakat serta mencurah idea pemikiran demi pembangunan negeri kelak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");