Isu Panas

Kajian Invoke Malaysia Sekadar Atas Meja: Hadi

TUMPAT: Pas menganggap kaji selidik Invoke Malaysia yang mengatakan parti itu kalah di Kelantan pada PRU14 ini hanya sekadar kajian atas meja dan bukan daripada akar umbi.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya mempunyai kajian berfakta sendiri di samping turut mengambil kira hasil kajian orang lain untuk dibandingkan.

“Dalam Pas sudah tentu kita ada kajian sendiri dan kajian kita bertapak pada akar umbi, berbanding hasil kaji selidik Invoke Malaysia yang tiada akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Pas Kawasan Tumpat di Pantai Seri Tujoh, di sini, hari ini, yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Berdasarkan kaji selidik Invoke Malaysia yang diasaskan Rafizi Ramli, Pas dijangka tidak menang walau satu kerusi parlimen, selain Kelantan akan dikuasai BN.

Sementara dua lagi negeri di pantai timur iaitu Pahang dan Terengganu juga kekal dikuasai BN.

Kaji selidik itu turut mendapati pakatan pembangkang mampu menang di lima negeri termasuk Selangor, Kedah Perak dan Johor.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");