Jenayah

Kecewa Dapat Bayi Perempuan, Suami Simbah Asid Ke Muka Isteri

HANYA kerana kali kedua melahirkan anak perempuan seorang wanita di India mengalami kecederaan teruk apabila disimbah asid ke wajahnya ketika tidur oleh suami yang terdesak mahukan zuriat lelaki.

Menurut laporan Harian Metro, Farah Biwi, 25, mengalami lecuran teruk pada wajah, tangan dan perut akibat serangan suaminya Siraj Biwi, 32, yang melarikan diri selepas kejadian 7 Mac lalu itu yang secara ironi, juga Hari Wanita Sedunia.

Pasangan itu berkahwin lapan tahun dan mempunyai dua anak perempuan.

Farah yang masih menerima rawatan berkata, suaminya menyerangnya kerana dia gagal melahirkan anak perempuan selain masih belum membayar sepenuhnya wang hantaran perkahwinannya.

Polis di Moradabad, Uttar Pradesh, kini memburu Siraj.

“Suami dan mentua bencikan saya seolah-olah sengaja cuma mahu melahirkan anak perempuan. Sejak setahun lalu keadaan lebih teruk dan saya sering didera.

“Suami juga kerap memaksa saya meminta wang daripada keluarga dan memukul saya jika enggan. Selepas melahirkan anak perempuan, saya didera jauh lebih teruk. Saya cuba bertahan kerana memikirkan anak. Jika berpisah dengan suami, siapa akan menjaga kami bertiga?

“Namun saya tidak pernah menyangka dia sanggup menyimbah asid pada wajah saya. Saya tidak akan memaafkannya sampai bila-bila,” kata Farah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");