Jenayah

Kelibat Harimau: Perhilitan Pasang Kamera Perangkap

KUANTAN – Jabatan Perhilitan negeri sudah memasang kamera perangkap di Jalan Lepar, Utara, di sini, susulan dakwaan daripada penduduk terdapat harimau belang berkeliaran di kawasan berkenaan.

Pengarahnya, Ahmad Azhar Mohammed berkata, pihaknya sudah menghantar kakitangan Perhilitan ke lokasi kejadian bagi melakukan pemantauan.

“Satu pasukan khas Perhilitan turut diarah untuk membuat tinjauan di sekitar lokasi harimau itu dilihat muncul pada malam, semalam dan pagi tadi.

“Setakat ini, hanya satu camera trap (kamera perangkap) dipasang. Mungkin kita akan tambah dua atau tiga lagi camera tersebut di kawasan yang dikenal pasti bagi mengumpul maklumat, selain memastikan jumlah sebenar harimau yang berada di kawasan itu,” katanya ketika lapor Sinar Harian.

Semalam, harimau dewasa itu dikesan di kawasan berkenaan selepas fotonya yang dirakam saksi tersebar luas di media sosial.

Sementara itu, menyentuh perkara itu, Ahmad Azhar berkata, foto yang tular tersebut bukan gambar yang dirakam di Jalan Lepar Utara, sebaliknya ia adalah gambar dari India.

Bagaimanapun, pengadu memaklumkan bahawa dia melihat kelibat haiwan tersebut, namun tidak sempat merakam gambar.

“Kita akui dilaluan tersebut adalah kawasan hutan, justeru pihak Perhilitan akan terus melakukan pemantauan dari masa ke semasa sejak Sabtu lalu. Ini bagi memastikan keselamatan penduduk setempat sekiranya benar ada haiwan tersebut berkeliaran di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, sehingga kini, katanya, pihaknya masih belum mengesan atau menjumpai sebarang tanda mengaitkan dengan haiwan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");