Perak Hari Ini

“Kerajaan Bukan Nak Buat Duit”

GERIK:Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir hari ini menyempurnakan majlis pecah tanah perumahan mampu milik di bawah projek Rumah Amanjaya Gerik dekat sini hari ini.

Bakal dibina di kawasan seluas kira-kira 35 ekar, projek kelolaan kerajaan negeri menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) itu menawarkan 500 unit kediaman jenis setingkat.

Lebih menarik, rumah dilengkapi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air pada keluasan 860 kaki persegi itu dijual lebih rendah daripada harga jualan rumah teres setingkat di pasaran daerah Gerik yang secara umumnya berharga RM220,000 sebuah.

Zambry semasa menyampaikan ucapan berkata, kerajaan melaksanakan projek perumahan bukannya untuk mengaut keuntungan tetapi bertujuan membantu rakyat memiliki kediaman yang sempurna.

Kerajaan Negeri katanya akan terus memperbaiki kelemahan yang ada malah orang ramai juga boleh mengemukakan cadangan untuk penambahbaikan.

“Kerajaan bukan nak buat duit sebaliknya kita laksanakan agenda ini untuk rakyat.

“Contohnya kita buat program Skim Rumah Insan Amanjaya (SRIA), khusus kepada orang awam yang tak boleh meminjam bank hanya kerja kampung, kesian mereka memerlukan rumah jadi Kerajaan Negeri bantu malah Yayasan Bina Upaya juga tolong mereka tunjukkan skim bentuk rumah sesuai serta beri pinjaman kepada yang layak,” katanya.

Turut hadir sama pada majlis pecah tanah tersebut, bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Tajol Rosli Ghazali dan barisan exco kerajaan Negeri.

Para peminjam bagaimanapun disaran untuk membayar balik pinjaman perumahan yang diterima supaya para pemohon dapat diberikan peluang.

“Jika dapat pinjaman jangan lupa bayar kerana pemberian itu adalah keperhatinan kerajaan negeri jadi peminjam mesti bertnggungjawab bayar balik supaya dapat membantu pemohon lain.

“Kita akan bantu semua untuk mendapat kenikmatan dan memberikan perkhidmatan terbaik,” katanya.

Kerajaan Negeri melalui LPHP setakat ini telah berjaya membangunkan 10 projek melibatkan 1,374 unit rumah Amanjaya di lokasi terpilih seluruh negeri ini.

Pemohon yang berminat dan layak boleh mendapatkan borang permohonan di semua Pejabat Daerah dan Tanah di seluruh Negeri Perak dan borang yang lengkap boleh dikembalikan kepada LPHP.

Borang permohonan juga boleh diisi secara atas talian di laman web rasmi http://lphp.perak.gov.my.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");