Perak Hari Ini

LAP Tidak Naikkan Kadar Tarif Air Sejak Tahun 2006

IPOH:Lembaga Air Perak (LAP) terus mengurus sumber air dengan baik tanpa mengambil pendekatan menaikkan kadar tarif air semenjak 2006.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata keuntungan diraih pihak LAP adalah disebabkan oleh corak pengurusan air yang baik.

“Mungkin ada pihak yang mengatakan kita seronok bercerita tentang keuntungan tetapi menyiksa pengguna itu adalah tidak benar kerana LAP meneruskan tradisi membela rakyat dengan membantu memberi bantuan Tanggungjawab Sosial Korporat (SCR) yang sebahagian keuntungan diberikan balik kepada rakyat,” katanya selepas hadir pada mesyuarat LAP bilang 1/2018 di Kompleks LAP di sini hari ini.

Malah katanya, LAP sama sekali tidak mengaut keuntungan daripada tindakan menindas pengguna dan sebaliknya meningkatkan kecekapan pengurusan dan bekerjasama sebagai satu pasukan.

“LAP juga memulangkan semula wang kepada rakyat dengan pembayaran zakat dan pemberian subsidi kepada golongan miskin,” katanya.

Beliau ingin menolak tanggapan negatif bahawa LAP berbangga dengan pencapaian dan keutungan diraih ratusan juta sedangkan rakyat terpaksa menanggung kesusahan.

“Paling penting adalah pengurusan yang baik menyebabkan kita menjana hasil yang baik dengan memberikan semula kepada kesejahteraan rakyat serta bantu dalam konteks subsidi, penyambungan paip secara percuma disebabkan oleh kesulitan dihadapi masyarakat di sesuatu lokasi..wang dipulang balik kepada rakyat.

“LAP tidak pernah menaikkan kadar tarif air sejak tahun 2006 dan sehingga kini tidak pernah dinaikkan.

“Asalkan pengurusan baik, malah saya tekankan aspek pengurusan sumber air di negeri ini perlu diutamakan dan LAP dianggap lembaga yang menguruskan air yang terbaik dalam negara,” katanya.

Sementara itu, berdasarakan laporan LAP telah mencatatkan jualan air sebanyak RM335.04 juta sehingga tempoh 31 Disember 2017 berbanding RM336.16 juta bagi tempoh yang sama pada tahun 2016.

Jumlah tersebut katanya menunjukkan terdapat sedikit penuruan penggunaan air sebanyak RM1.87 juta selari dengan penuruan penggunaan air sebanyak 335.46 juta meter padu sehingga 31 dis 2016 kepada 333.52 juta meter padu Disember 2017.

“Penurunan itu satu perkembangan positif disebabkan penurunan penggunaan sektor industri dan perdagangan sebanyak 0.66 peratus dan penurunan di sektor domestik 0.53 peratus.

“Bagaimanapun LAP mendapat maklumat bilangan akaun pengguna pula meningkat kepada 758,908 akaun pada tempoh 31 Disember 2016 kepada 773,349 pada 31 Disember 2017 iaitu peningkatan sebanyak 14,441 akaun bersamaa 1.9 peratus.

“Peningkatan sebanyak 13,967 akaun pengguna domestik 1.8 peratus dan peningkatan 7,44 industri dan perdagangan sebanyak 0.1 peratus,” katanya.

Katanya meskipun penuruan dari segi penggunaan air merupakan satu perkembangan yang positif tetapi LAP telah mencapai keuntungan bersih meningkat sebelum cukai sebanyak RM0.83 juta daripada RM90.84 juta sehingga 31 disember 2016 kepada RM91.67 juta sehingga 31 Disember 2017 iaitu peningkatan 0.9 peratus.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");