Perak Hari Ini

‘Gerakan Taiping Jangan Terlalu Gembira’: Nga Kor Ming

IPOH: “Saya tidak akan bertanding di luar Perak”: Demikian kata Pengerusi DAP Negeri, Nga Kor Ming secara berseloroh seketika menjawab persoalan berkenaan kenyataan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa Ahli Parlimen Taiping itu akan bertanding di Teluk Intan pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Jelasnya, segala keputusan tersebut akan diumumkan nanti.

“Ada media melaporkan saya akan bertanding di Teluk Intan. Parti Gerakan Taiping pula seolah-olah sudah berpesta, kerana kata saya nak tinggalkan Taiping.

“Pesanan saya, ‘don’t be so happy, we will wait and see’ (jangan terlalu gembira, kita tunggu dan lihat),” katanya dalam satu sidang media di Bangunan DAP Perak, di sini, pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP yang kini menduduki kawasan Keranji dan Jelapang tidak akan mempertahankan kerusi masing-masing pada PRU14.

Kor Ming berkata ADUN Keranji,  Chen Fook Chye telah menyatakan hasratnya semenjak tahun 2014 lagi.

Jelasnya, keputusan yang diambil Fook Chye dan Teh Hock Ke (ADUN Jelapang) adalah sebagai memberi laluan kepada calon muka baru untuk bertanding di kawasan tersebut.

Pada perkembangan sama, DAP Perak turut mengumumkan akan mempertahankan kesemua kerusi DUN dan Parlimen yang dimenangi mereka pada pilihanraya umum yang lalu, termasuk ingin merampas kembali kerusi Parlimen Teluk Intan.

Tambahnya, rundingan pengagihan kerusi untuk PRU14 antara kesemua parti Pakatan Harapan Perak kini sudah selesai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");