Berita Hari Ini

Lawatan ke Australia Kukuhkan Hubungan Dua Hala – PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yakin ??????lawatan kerja dua hari ke Australia akan mengukuhkan lagi hubungan ASEAN-Australia dan Malaysia-Australia.

Najib, yang kini berada di Sydney bagi menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2018, mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull pagi ini.

“Saya baru selesai bertemu dengan Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull, di mana beberapa isu dua hala dibincangkan, antaranya kedua-dua pihak mengambil maklum bahawa perdagangan dua hala antara Malaysia dan Australia melonjak antara 23.7 peratus kepada hampir RM54 bilion pada 2017.

“Begitu juga pelaburan antara Australia dan Malaysia, malah pelaburan dari Malaysia ke Australia adalah lebih besar daripada Australia ke Malaysia termasuk sebuah kilang LNG yang dilaburkan Petronas bernilai AS$5 bilion, berbanding jumlah dagangan antara Malaysia dan Australia,” katanya dalam siaran langsung di laman sosial Facebook miliknya, hari ini.

Selain itu, katanya, hubungan dalam bidang pendidikan antara kedua negara yang sudah lama terjalin masih lagi penting dengan kira-kira 26,000 pelajar Malaysia sedang menuntut di Australia ketika ini.

Najib berkata Australia juga menjadi destinasi pelancongan popular dalam kalangan rakyat Malaysia dengan 300,000 rakyat negara ini melawat negara itu tahun lalu.

“Di sini (Australia) juga terdapat tempat-tempat seperti restoran milik rakyat Malaysia yang menunjukkan bahawa hubungan ‘people to people’ sangat erat antara Australia dan Malaysia,” katanya.

Pertemuan kedua-dua pemimpin itu yang berlangsung kira-kira 30 minit, di adakan Pusat Konvensyen Antarabangsa (ICC) Sydney, menjelang Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2018 selama dua hari yang bermula petang ini.

Najib berkata sidang kemuncak khas yang julung kali diadakan itu menandakan bahawa sebagai suatu organisasi dan sebagai sebuah rantau, ASEAN semakin mendapat pengiktirafan oleh negara-negara luar kawasan ASEAN.

“Saya akan diberi penghormatan pada petang ini untuk mewakili ASEAN dalam majlis penutup satu persidangan berkenaan pencegahan jenayah antara ASEAN dan Australia.

“Saya yakin dan percaya sidang kemuncak khas ini dan juga lawatan dan perbincangan saya dengan pemimpin-pemimpin di Australia akan mengukuhkan hubungan Malaysia dengan Australia dan ASEAN dengan Australia,” katanya.

Najib satu-satunya pemimpin ASEAN yang dijemput untuk menyampaikan ucapan pada segmen penutup persidangan itu. Pemimpin lain yang akan berucap pada persidangan itu ialah Turnbull. Ini adalah kali pertama Australia menjadi tuan rumah sidang kemuncak bersama semua pemimpin ASEAN. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");