Isu Panas

‘Letak Kucing Pun Boleh Menang’

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengakui sedikit pun tidak gusar dengan kawasannya ‘ditinggalkan’ seketika, kerana Parlimen Pandan adalah kubu kuat PKR.

Rafizi berkata, sesiapa sahaja diletakkan untuk bertanding di kerusi itu pasti akan dimenangi PKR.

“Pandan letak kucing pun tak ada masalah mesti menang sebab parlimen ini kerusi kuat PKR.

“Saya tak tahu PKR nak letak siapa di Pandan tapi berdasarkan demografi dan semua faktor, sesiapa sahaja calon ditempatkan pasti akan menang,” katanya dengan yakin ketika ditemui di Lobi Parlimen, semalam.

Sementara itu, Rafizi turut berkongsi cadangan masa lapang yang akan dilakukan sepanjang ‘berehat’ 30 bulan sekiranya dijatuhi hukuman.

Naib Presiden PKR itu bercadang untuk menyambung pengajian dalam bidang ijazah undang-undang dan cuba mengurangkan berat badannya.

“Saya mungkin akan sambung ijazah undang-undang, dan sudah tentu saya akan cuba kuruskan badan.

“Keputusan rayuan saya akan diputuskan pada 1 Jun nanti jadi ada dua bulan lagi untuk sabitan melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA). Jadi kalau rayuan saya ditolak maknanya saya ada satu tahun setengah bermula 1 Jun,” katanya.

Pagi semalam, Rafizi meminta maaf atas kritikan pedas terhadap pemimpin BN di Parlimen memandangkan beliau menjangkakan ini sesi terkahir beliau berucap di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Naib Presiden PKR yang dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan itu berkata, kritikannya itu adalah untuk memastikan pentadbiran BN menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.

“Ini mungkin kali terakhir saya di Dewan ini memandangkan saya mungkin tidak bertanding pada pilihan raya akan datang.

“Jadi saya akan bermula dengan ucapan jutaan terima kasih , penghargaan tan sri dipertua, dan kepada datuk seri-datuk seri, timbalan-timbalan dipertua yang selalu memberi ruang dan pertimbangan yang sebaiknya kepada saya untk berhujah. Saya berdoa dewan ini akan lebih dimuliakan dalam masa-masa akan datang,” katanya dalam sesi perbahasan titah diraja di Parlimen.

Pada awal Februari lalu, beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam dan dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan kerana melanggar Akta Bafia berhubung kebocoran akaun National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC). Turut didapati bersalah, bekas kerani Public Bank Johari Mohamad.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");