Jenayah

Lima Minit Angin ‘Sapu’ Bumbung

PUCHONG -“Tak sampai lima minit, habis sebahagian bumbung maahad tahfiz kami diterbangkan angin,”kata Penolong Hal Ehwal Pelajar Maahad Tahfiz Uthmani, Kamal Mohd Shabudin menceritakan kembali kejadian angin ribut melanda kawasan Jalan Berkat di Kampung Seri Aman di sini, petang semalam.

Menurutnya, atap bangunan asrama tahfiz itu diterbangkan angin kira-kira 100 meter ke kawasan berhampiran.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang itu, kesemua pelajar dikatakan menggaji al-Quran di tingkat bawah sebelum dikejutkan dengan kejadian angin ribut terbabit.

“Mula-mula saya dengar bunyi kuat macam hujan batu, tiba-tiba seorang pelajar yang berada di tingkat atas berlari turun memberitahu bumbung diterbangkan angin.

“Alhamdulillah…tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa berlaku namun katil pelajar di tingkat atas semua basah kena hujan,”katanya memetik sumber berita Sinar Harian.

Kamal berkata, ekoran kejadian kesemua pelajar diarah pulang ke rumah masing-masing buat sementara waktu sehingga kerja baik pulih bumbung selesai.

“Buat masa ini semua pelajar diarah pulang ke rumah keluarga masing-masing kerana semua kemudahan di tingkat atas yang menempatkan asrama pelajar terkena hujan.

“Bekalan elektrik turut terganggu akibat kejadian itu,”katanya.

Dalam kejadian angin kencang semalam, kira-kira 30 rumah turut terjejas apabila bunbung rumah turut diterbangkan angin.

Jalan masuk ke kampung terpaksa ditutup beberapa jam ekoran puluhan pokok tumbang di laluan sepanjang hampir satu kilometer menghala ke Taman Mas, Puchong.

Kerja-kerja mengalihkan pokok tumbang dilaksanakan anggota Bomba dan Penyelamat, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dengan bantuan penduduk kampung.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");